Trend anak muda China pilih video, drama online dua kali ganda laju. Dapat jimat masa
EKORAN peningkatan mendadak wabak Covid-19 secara tidak langsung memberi impak sehingga menjejaskan banyak pergerakan dan aktiviti harian.
Tambahan pula, pelaksanaan perintah Sekatan Perjalanan Penuh (SPP) atau total lockdown yang kini dilanjutkan tempoh hingga 28 Jun 2021.
Situasi itu sedikit sebanyak menyebabkan orang ramai mencari alternatif bagi mengisi masa lapang baik untuk diri sendiri, keluarga mahupun rakan serumah.
Salah satu aktiviti pilihan ramai adalah meluangkan masa bersantai sambil menonton filem-filem kegemaran menerusi televisyen ataupun secara online.
Pun begitu, dikatakan kini munculnya satu trend baharu yang mana anak-anak muda cenderung menonton video pada kadar dua kali ganda kelajuan.
Wah! nampaknya selaju perubahan teknologi semasa.
Seperti di China, umum mengetahui ia merupakan salah satu negara besar yang mempunyai pengguna internet ramai di dunia.
Menurut portal Amanz, beberapa gaya hidup dan trend di China mula menjadi ikutan negara-negara lain terutamanya Asia.
Mengikut data terkini, menunjukkan lebih 944 juta pengguna di China mengakses video online.
Menariknya melalui bancian dilakukan sebanyak 28.2 peratus pengguna di negara itu China menonton video pada dua kali ganda kelajuan berbanding kelajuan asal.
Jumlahnya lebih tinggi dalam kalangan pengguna muda kira-kira 40 peratus yang memilih menonton video pada kelajuan dua kali ganda.
Tambahan pula, beberapa laman penstriman dan video kini menyediakan sokongan menonton pada kelajuan lebih pantas termasuklah di YouTube.
Melalui bancian sama mendedahkan pengguna memilih kelajuan lebih pantas untuk menjimatkan masa khususnya menonton drama.
Perubahan trend berkenaan dikatakan selari dengan trend video pendek yang popular seperti di TikTok yang mana pengguna lebih selesa memberikan sedikit masa sahaja untuk menikmati sesuatu kandungan danmudah hilang fokus untuk tempoh lama.
Pendapat korang, ok ke menonton video dengan dua kali kelajuan? Mungkin ada benarnya boleh menjimatkan masa.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang