KEHANGATAN sambutan Tahun Baharu Cina yang berlangsung pada hujung minggu lalu masih terasa.

Pasti ramai di antara kita yang menerima banyak hadiah buah limau mandarin daripada rakan-rakan berbangsa Cina.

Menurut WebMD, buah limau mandarin merupakan buah sitrus daripada keluarga yang sama seperti oren, lemon, limau dan limau gedang.

SUMBER gambar hiasan daripada CANVA.

Berbanding buah oren biasa, limau mandarin adalah lebih kecil, lebih manis dan lebih mudah dikupas.

Buah tersebut bukan sahaja menjadi kesukaan ramai malah mempunyai banyak manfaat kesihatan.

 

“Selain rasanya yang manis dan mudah disediakan, mandarin sarat dengan vitamin, mineral dan antioksidan.

“Badan anda memerlukan unsur-unsur tersebut untuk kekal sihat,” memetik laporan web tersebut.

Baca juga: Buah gajus baik untuk kesihatan jantung, diabetes & turunkan berat badan! Ini cara pengambilannya…

SUMBER gambar hiasan daripada CANVA.

Berikut beberapa faedah yang boleh diperoleh daripada memakan buah tersebut. Antaranya:
1. Ketahanan kepada penyakit
– Buah sitrus mengandungi antioksidan yang membantu mengurangkan risiko beberapa jenis kanser.
– Ia kaya dengan sebatian beta-karotena dan beta-cryptoxanthin yang bagus untuk sistem imun dan penglihatan yang baik.
– Sumber vitamin C untuk mengekalkan kulit yang sihat dan menyembuhkan luka.

Baca juga: Buah melon bantu kurangkan risiko kanser paru-paru, prostat & kerosakan mata. Banyak lagi manfaat lain

SUMBER gambar hiasan daripada CANVA.

2. Menurunkan aras kolesterol
– Buah mandarin merupakan sumber serat larut yang baik dan membuatkan seseorang berasa kenyang lebih lama selepas makan.

3. Menurunkan tekanan darah
– Serat dalam buah tersebut membantu menguruskan tekanan darah tinggi yang disebabkan oleh makan makanan berlemak, minum terlalu banyak alkohol atau merokok.
– Kandungan potasium juga merendahkan tekanan darah dengan membantu badan menyingkirkan lebihan natrium (garam).

4. Menjadikan tulang lebih kuat
– Limau mandarin juga mengandungi kalsium dan magnesium. Ia penting untuk tulang dan mengurangkan risiko patah.

Comel, haiwan peliharaan pun mahu didandan cantik sempena Tahun Baharu Cina. Butik kecantikan tak menang tangan…

SUMBER gambar hiasan daripada CANVA.

Wah, banyak manfaat buah tersebut yang ramai tak tahu. Patutlah ramai yang suka bila dihadiahkan buah tersebut.

Untuk mengekalkan kesegaran buah berkenaan, Healthline mencadangkan cara penyimpanannya.

Iklan

Menurut laman kesihatan tersebut, limau mandarin boleh disimpan selama seminggu pada suhu bilik.

Baca juga: Guna mercun untuk halau ‘Nian’. Ini perkara yang perlu kita tahu tentang perayaan Tahun Baharu Cina

SUMBER gambar hiasan daripada CANVA.

Pun demikian, sekiranya ia telah dikupas, buah tersebut hendaklah disimpan dalam peti sejuk.

Buah yang disimpan sejuk pula boleh bertahan sehingga enam minggu.

Iklan

Untuk memudahkan ia dimakan, Healthline turut mengesyorkan ia dikupas terlebih dahulu dan disimpan dalam bekas atau beg yang bertutup sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Makan sejuk-sejuk memang lebih sedap…

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!