Untuk yang tak tahu, Kuih Qasidah Utara ini wajib makan pada bulan puasa!

Untuk yang tak tahu, Kuih Qasidah Utara ini wajib makan pada bulan puasa!
Untuk yang tak tahu, Kuih Qasidah Utara ini wajib makan pada bulan puasa!
A
A
A

KUIH qasidah atau juga dipanggil kuih hasidah merupakan sejenis kuih tradisi yang lemak dan manis. Ia merupakan kuih tradisional klasik yang gemar dibuat oleh orang-orang tua kita dahulu terutamanya ketika bulan Ramadan. Kuih ini ada dua versi, satu versi sebelah Utara dan satu lagi sebelah Pantai Timur.

Kali ini Sinar Plus kongsikan dengan anda macam mana cara nak buat Kuih Qasidah Utara ni. Jom cuba!

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum (1 cawan)
  • Air (3 cawan)
  • Gula (7 sudu besar)
  • Garam (secubit)
  • Air kapur makanan (1 sudu teh)
  • Minyak masak (3 sudu besar)
  • Bawang (4 ulas) *dimayang dan digoreng garing

Cara-caranya:

1)Satukan tepung gandum, air, gula, garam dan air kapur ke dalam periuk.

2)Masak di atas dapur, kacau sehingga adunan menjadi kental dan berkilat.

3)Kemudian tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan.

4)Sementara itu, goreng bawang yang telah dimayang sehingga kekuningan dan harum.

5)Tuangkan bawang goreng dan minyaknya di atas kuih yang telah sejuk tadi.

6)Siap! Potong apabila sudah sejuk.

Resipi Kuih Qasidah ini mudah dan simple je. Untuk yang tak pernah tahu rasanya macam mana, anda kenalah cuba buat. Memang sedap!

Selamat mencuba!

PENULIS: NURUL ADRIANA

FOTO: AIRTANGANKU

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca