BIASA tak berlaku pada kita atau orang sekeliling situasi yang mana daging mentah yang dibeli lambat disimpan di tempat sepatutnya iaitu di ruangan sejuk beku peti ais?

Akibatnya daging berkenaan berbau, berwarna pucat dan kelihatan tidak segar serta lebih teruk ada pakej busuk.

Hendak pula pada musim perayaan ini penjual atau pembeli mendapatkannya dalam kuantiti yang banyak lebih daripada biasa, ada yang terpaksa hingga terabai aspek penjagaan kualiti daging berkenaan.

Begitupun, barangkali sayang atau takut membazir, ramai yang cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan daging busuk mentah yang belum dimasak itu. Pelbagai kaedah digunakan.

Itu agaknya timbul istilah ‘sebusuk-busuk daging, dibasuh dimakan jua’. Akan tetapi, sebaiknya istilah itu tidak diikuti untuk kemaslahatan kesihatan tubuh badan kita.

Sama ada dijemur, dibasuh semula, sekalipun dibuat pekasam dan sebagainya, daging busuk yang digunasemula dan dimakan berpotensi menyebabkan keracunan makanan.

Itu kata pensyarah kanan Program Sains dan Teknologi Makanan di Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Dr Aida Firdaus Muhammad Nurul Azmi.

Terdahulu, beliau berkongsi kisah tentang daging mentah ini berikutan permintaan daging mentah yang meningkat khususnya seperti pada musim raya ini..

“Order secara online yang dikumpul beramai-ramai. Nak dijadikan cerita, pesanan lambat terima. Katanya terlalu banyak order dan kekurangan staff untuk bantu delivery. Dan kebetulan pula, salah seorang yang uruskan daging-daging ni mengalami bengkak kaki kerana ditendang lembu, katanya.

“Saya rasa tak sedap hati apabila mendengar berita “tempahan terlalu banyak”. Saya terfikir, adakah cukup fasiliti peniaga daging ini untuk memastikan daging ini tetap selamat dimakan?

“Akhirnya, daging ini sampai di rumah jiran malam tadi. Kata jiran, waktu daging ini diterima, ia dalam keadaan mentah dan tidak disejukbeku.

“Adik saya hanya pergi mengambil daging ini pada waktu pagi. Dan apabila ingin memasak, saya dapati baunya sudah lain macam.

“Ada bau masam dan tiada bau hanyir daging,” kongsinya dalam status yang dimuatnaik di Facebook nya Dr Aida Azmi Official dengan foto daging mentah yang pucat lesi dan dikatakan telah berbau.

Jangan ambil risiko

Apa yang akan anda lakukan jika terjadi seperti ini? Basuh dengan tepung? Rendam dengan air? Perahkan limau atau rebus lama-lama? Soal Dr Aida.

Menurutnya, sejujurnya beliau hanya berani mencampakkan daging sudah busuk berkenaan ke tong sampah.

Mengapa?

“Saya tidak mahu ambil risiko memakan makanan yang tercemar. Daging mentah amat berisiko tinggi untuk rosak jika tidak di simpan pada suhu yang betul (sejukbeku).

“Untuk peniaga yang mahu mengambil kesempatan mencari rezki di waktu-waktu seperti ini (hari raya), di mana permintaan adalah tinggi, saya mohon agar kalian membuat pertimbangan tentang bagaimana memastikan bekalan daging bukan sahaja cukup, tetapi selamat apabila ia sampai kepada pengguna,” tulisnya.

Beliau turut meminta agar penjual berkaitan memastikan supaya mengikuti kursus Latihan Pengendali Makanan dan belajar tentang cara penyimpanan makanan yang betul.

Tak lupa juga suntikan thypoid.

“Apa pun, saya ucapkan tahniah kepada peniaga daging ini kerana beliau jujur. Beliau sendiri memberi pesanan agar tidak perlu membuat bayaran sekiranya daging didapati rosak.

Iklan

“Cuma saya kasihan kepada beliau. Sudahlah penat, modal pula tinggi. Akhirnya hanya rugi yang beliau tanggung,” katanya.

Menurut beliau lagi, hanya dengan ilmu, kita boleh mengelakkan kerugian.

“Ingat, pastikan makanan yang kita masak untuk juadah hari raya nanti selamat dimakan ya.

“Jaga suhu penyimpanan, tutup molek2 di bawah tudung saji dan simpan dalam peti ais jika berlebihan.

“Sekian nota raya 2020 dari saya 🤗,” katanya.

Berikut antara jawapan Dr Aida terhadap persoalan netizen berkaitan yang turut dijawab olehnya:

Kalau makcik2 kt kg.. biasa dorg usahakan juga utk selamatkan daging tu.. perap garam la.. basuh dgn tepung la..mcm2 petua.. .. kalau sy pula. sy akan buang juga.. risau keracunan pula….

Iklan

Dr Aida: Ainie Ninie betul…risiko

Kalau daging dh rosak, tp diteruskan juga sebagai bahan utk pekasam atau pun dikeringkan, toksinnya tetap ada dan berisiko untuk mendapat keracunan makanan

Kalau daging fresh xpe..mmg boleh..termnya “meat curing”…sesetengah org lumur garam, sesetengah lg, rendam dlm larutan garam dan berapa rempah..lepas tu keringkan…tp kalau dh rosak, xboleh buat apa dah…

Biar rugi kena buang daging daripada tanggung sakit sebab food poisoning huhuhu. Sakit dapat, kena keluar duit untuk medical cost pulak. Kalau satu family sakit, tak ke haru?

Dr Aida: Betul sangat puan…tak pe la rugi sedikit..sebab kalau kita makan, dah jadi mudarat..

Bagaimana, masih sayang nak buang daging yang busuk?

Sebaiknya sayangilah diri kita dahulu agar tidak terkena keracunan makanan ya. -AG #rantaiankasih