Usia masih muda tapi cepat lupa, 5 makanan mampu tingkatkan daya ingatan

October 25, 2021
Oleh Nurul Fadila Awaludin

DEMENSIA merupakan satu keadaan apabila tahap kemampuan minda seseorang semakin menyusut dan mengklasifikasikan hal itu sebagai salah satu proses penuaan semula jadi.

Dalam kata lain penyakit ini menyebabkan seseorang akan mengalami lemah daya ingatan dan kemampuan untuk berfikir dengan baik. Lebih merumitkan apabila pesakit tidak mampu untuk menguruskan diri sendiri dan bersosial.

Demensia turut kerap berlaku dalam kalangan pesakit Alzheimer.

Bagaimanapun, ada pihak mendakwa demensia berlaku disebabkan sel-sel otak atau neuron yang mati.  Paling merbahaya, penyakit itu tidak menunjukkan sebarang tanda gangguan kesihatan fizikal mahupun kaedah rawatan khusus.

Antara perkara yang boleh dilakukan bagi pencegahan awal dan rangsangan sel otak seperti bermain permainan catur dan membaca.

Tetapi, korang semua jangan cepat gelabah. Selain melakukan beberapa aktiviti berikut, korang boleh amalkan pengambilan lima jenis makanan bagi memastikan ingatan korang kekal sihat.

Berikut merupakan senarai makanan yang mampu untuk menguatkan daya ingatan dan kecerdasan otak menurut portal berita CNN Indonesia:

1. Sayur-sayuran

Bagi yang liat untuk makan sayur, sekarang masanya korang fikirkan balik. Kandungan sayuran seperti bayam, kangkung dan sawi dipercayai dapat membantu memberikan ingatan yang baik.

Iklan

2. Kekacang

Kekacang merupakan antara makanan ringan yang baik untuk kesihatan. Selain mampu memberikan tenaga dan mengenyangkan, pengambil kekacang seperti walnut juga baik untuk menguatkan daya ingatan.

3. Beri

Tidak hanya kekacang, tumbuhan seperti beri turut dipercayai dapat memberi manfaat pada kesihatan otak. Mengukuhkan ingatan, beri seperti beri biru dan strawberi dikatakan mampu memelihara fungsi otak dengan baik dan melambatkan proses Alzheimer.

Iklan

4. Minyak zaitun

Boleh digunakan sebagai bahan memasak, minyak zaitun juga boleh dicampurkan ke dalam hidangan. Namun, korang perlu tahu terdapat perbezaan antara penggunaan minyak zaitun dalam masakan.

Berikut ini perbezaan minyak zaitun atau olive oil bersama kegunaannya:

  • Extra virgin olive oil - Campuran dalam makanan dan tidak boleh dimasak
  • Virgin olive oil - Boleh dimasak dan hidangan bergoreng
  • Pure olive - Boleh dicampurkan sebagai sos dan memasak
  • Extra Light atau light olive oil - Boleh digunakan untuk memasak, tumis, menggoreng dan memanggang.
  • Olive pomace oil - Memasak, menggoreng dan memanggang.

5. Protein

Ambil makanan yang tinggi protein dan rendah lemak bagi membantu untuk mengelakkan daripada terkena penyanyi demensia. Disarankan, ambil hidangan berasaskan ikan sebanyak sekali seminggu manakala daging merah dua kali seminggu.

Perkara utama, korang perlu menjaga kesihatan dengan baik terutama penggambilan makanan seimbang. Bukan sahaja baik untuk tubuh badan, tetapi ingatan juga perlu diberi penekanan bagi meneruskan kelangsungan hidup.

 

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *