SEBUTKAN saja namanya, sudah tentu khalayak pasti mengenali aktres jelita, Kareena Kapoor.

Pelakon filem 3 Idiots itu juga sudah lebih dua dekad berada dalam industri Bollywood.

Memiliki kerjaya sebagai pelakon, tentu sahaja penampilan menjadi hal utama bagi ibu kepada dua cahaya mata itu.

Memetik The Indian Express, isteri kepada aktor Saif Ali Khan itu mempunyai rutin kecantikan yang diamalkan.

Justeru, apa agaknya yang dilakukan beliau? Berikut penjelasannya.

Sudah berusia lebih 40 tahun, Kareena tetap kelihatan anggun dan jelita.

1. Makanan

Sudah tentu pengambilan makanan sihat yang kaya dengan vitamin menjadi pilihan utama.

Baginya, setiap nutrisi makanan yang diambil akan memberikan kesan kepada kesihatan fizikal.

Bukan sahaja pada tubuh, malah ia turut terlibat pada kulit dan rambut.

Oleh itu, buah-buahan, sayuran dan kandungan rendah lemak sentiasa menjadi pilihan beliau.

2. Solekan

Meskipun seorang aktres, Kareena tidak sentiasa tampil di depan khalayak dengan mengenakan solekan tebal.

Berbeza ketika berlakon kerana perkara itu sudah menjadi sebahagian daripada tuntutan.

Adik kepada pelakon Karisma Kapoor itu mengakui dirinya selesa mengenakan solekan nipis atau tidak bersolek.

3. Krim pelindung

Melakukan rawatan di spa kecantikan secara tidak langsung dapat menaikan seri wajah.

Namun, tidak salah jika kita melakukannya sendiri dengan cara yang mudah.

Salah satunya memakai krim pelindung matahari. Ia juga menjadi satu kemestikan buat Kareena setiap kali beliau keluar rumah.

Iklan

4. Minum air putih

Memang sah dan tidak salah, air putih banyak manfaatnya. Meskipun tidak mempunyai rasa, namun ia terbaik untuk tubuh badan.

Bagi wanita berusia 41 tahun itu, beliau akan memastikan untuk minum sekitar 2 atau tiga 3 air setiap hari.

Mengikut pesanan doktor dematologi beliau, Kareena disarankan untuk minum dengan jumlah tersebut bagi membuatkan kulitnya lebih bercahaya dan awet muda.

Begitulah yang dilakukan beliau. Jadi, tidak hairanlah, frasa yang menyebut ‘setiap apa yang berada di bawah kulit akan terpancar di permukaannya’ ada kebenarannya.

Disebabkan itu, penjagaan kesihatan perlu dimulakan dengan amalan pemakanan sihat.

Iklan

Semoga perkongsian ini dapat memberi inspirasi kepada kita semua untuk lebih fokus kepada kesihatan dan kecantikan.

Satu saja nak cakap, memang Kareena tidak dimamah usia. Seperti juga selebriti tempatan, Maria Farida dan Amy Mastura. Nampak muda sentiasa!

 

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI