Usianya 55 tahun, tapi penampilan bak remaja 17 tahun. Rupanya ini rahsia awet muda wanita sudah bergelar nenek!
Usianya 55 tahun, tapi penampilan bak remaja 17 tahun. Rupanya ini rahsia awet muda wanita sudah bergelar nenek!
USIA beliau kini melewati 55 tahun, namun memiliki paras rupa seperti remaja berumur 17 tahun!
Aura anggun penuh pesona terpancar pada wajah Puspa Dewi biarpun kini sudah berstatus nenek.
Demikianlah kisah nenek Puspa Dewi yang viral di negara seberang sehingga meraih perhatian ramai.
Baca lagi Penampilan sulung karya anak dalam koleksi fesyen terbaru, Melinda Looi luah rasa bangga dan terharu
Ketika diminta berkongsi tip menjaga kecantikan wajah yang kekal remaja dan awet muda, empunya diri rupanya seorang yang rajin mengamalkan senamrobik dan zumba.
Ibu kepada dua anak itu menerusi laporan portal sonora.id berkata, beliau tidak mengamalkan diet yang terlalu ketat. Bahkan, beliau tetap makan protein setiap hari tanpa perlu risau kenaikan berat badan.
Malah, kata Puspa lagi, untuk kekal awet muda tidaklah sesukar mana. Amalkan pemakanan sihat dan pada masa sama, jangan abaikan latihan workout yang bersesuaian.
Menjengah ke Instagram milik beliau, ternyata nenek cantik itu cukup gemar dengan aktiviti workout seperti berlari, berenang, angkat berat dan juga menarik. Puspa juga dilaporkan berkata, cukup bahagia memiliki keluarga yang baik dan saling menyayangi.
Sementara itu, portal Mayoclinic berkongsi tip untuk tampil menyerlah seperti Puspa yang tampak 36 tahun lebih muda. Rahsianya adalah dengan rajin workout.
Berikut enam manfaat workout:
1. Diet sihat dan workout seiring
-Kaedah yang dipraktikkan Puspa tersebut membantu beliau menurunkan berat badan dengan cara yang lebih sihat dan selamat.
2. Kuatkan jantung, paru-paru dan tulang otot
-Pertama kali melakukan senamrobik, mungkin akan berasa sedikit lelah, namun dalam jangka panjang anda akan menikmati peningkatan stamina dan pengurangan rasa letih itu.
-Pada masa sama, jantung dan paru-paru akan sihat serta mempertingkatkan kekuatan tulang dan otot dari semasa ke semasa.
Baca lagi Makan nasi cuma 2 sudu, petua Azah Aziz kekal awet muda pada usia 50 tahun
3. Elakkan jangkitan virus
Dengan melakukan senamrobik, membolehkan Puspa dapat menyahaktifkan sistem kekebalan imunisasi badan dengan cara lebih baik.
4. Terhindar daripada penyakit berbahaya
-Latihan aerobik mengurangkan risiko pelbagai penyakit berbahaya seperti obesiti, penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes tahap 2, sindrom metabolik, strok dan jenis kanser tertentu.
5. Bantu kurangkan tekanan darah dan kawalan gula
-Latihan aerobik juga dapat meningkatkan kualiti hidup dan memberi kegembiraan pada mereka yang pernah menderita kanser.
-Jika anda memiliki penyakit arteri koroner, latihan aerobik dapat membantu mengawal dan menjaga kesihatan dengan baik.
-Selain itu, workout juga membantu menurunkan tekanan darah dan mengawal gula dalam darah.
6. Tampil awet muda
Kajian menunjukkan bahwa orang yang konsisten dalam latihan aerobik hidup lebih lama daripada mereka yang tidak melakukan sebarang senaman secara tetap. Puspa membuktikannya, walaupun sudah memasuki separuh abad, namun beliau tetap awet muda.
Wah... menarik sungguh tip yang dikongsikan. Apa lagi, wanita usia 50-an dan 60-an, boleh ikut tip Puspa.
Layari portal SinarPlus, sinarplus.sinarharian.com.my untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang