Inspirasi betul! Jaguh gusti negara beraksi dengan tanjak, busana tradisional curi tumpuan ratusan ribu penonton. 'Semakin ramai bertanya...'

SIAPA sangka tanjak atau tengkolok, hiasan kepala tradisional penuh warisan yang sinonim dengan budaya Melayu, kini semakin mendapat perhatian hingga ke bumi Amerika Syarikat (AS).
Daripada sekadar perhiasan kepala yang melambangkan jati diri dan kebesaran, kini kewujudannya semakin menarik minat masyarakat luar, khususnya peminat gusti profesional di Texas.
Lebih membanggakan, fenomena tersebut didorong oleh Ayez Shaukat Fonseka Farid, jaguh gusti profesional negara yang kini menggegarkan pentas APAC Wrestling.
"Di Reality of Wrestling, semakin ramai yang bertanya tentang tanjak. Mereka ingin tahu apa maksudnya dan di mana boleh mendapatkannya," kata Ayez dengan bangga.
Keunikan penampilan Ayez yang menggayakan tanjak bukan sahaja mencuri perhatian peminat di gelanggang, malah berjaya dipertontonkan kepada ratusan ribu penonton secara langsung menerusi The CW Network sebagai salah satu saluran televisyen nasional utama di AS.
Dalam arena gusti, imej dan watak bukan sekadar pelengkap, tetapi elemen penting yang membentuk keunikan setiap jaguh.
Selepas diberi kepercayaan oleh produksi Reality of Wrestling untuk membawa watak sebagai hero, penggusti berusia 37 tahun itu tidak melepaskan peluang memperkenalkan tanjak sebagai simbol keunggulan dan keberanian selari dengan semangat sukan gusti.
Bukan sekadar tanjak, Ayez turut menyarungkan jaket songket eksklusif hasil rekaan Paul Carling, pereka fesyen dari Sarawak yang terkenal dengan busana pertandingan ratu cantik di Borneo.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang