[VIDEO] Homemade Yee Mee simple dan sedap, padu macam di restoran

sizzling
sizzling
A
A
A

 

PARA wanita kini tentunya berdepan dengan kekangan masa. Masakan tidak, kini masing-masing bekerja dari rumah. Dalam kesibukan, tetap perlu menyingsing lengan menyediakan sajian untuk keluarga.

Memasak dalam masa yang pendek bererti korang perlu memilih menu yang mudah disediakan. Justeru, sajian jenis ‘one pot meals’ seperti Yee Mee Sizzling tentu menyenangkan.

Yee Mee Sizzling lazimnya banyak dijual di restoran dan medan selera. Mi yang dimasak di dalam kuah berwarna gelap enak dimakan panas-panas bersama telur, ayam dan sayur-sayuran.

Walaupun tampak ringkas, ia mempunyai penggemarnya tersendiri. Ayuh ketahui bahan-bahan dan cara membuatnya.

@kayufoodYee Mee Sizzling #SeleraRamadan#TikTokFood#TikTokChef#Foodie#Sizzling♬ original sound - Kayu - Kayu Food

Bahan 1

300gm ayam, dipotong dadu

5 ulas bawang putih

2cm halia, dicincang

4 tangkai cili kering

Sawi jepun

1 biji telur

Air secukupnya

1 sudu tepung jagung

Bahan 2

4 sudu besar sos tiram

5 sudu kicap cair

5 sudu besar kicap pekat

1 sudu kecil lada hitam

1/2 sudu kecil lada sulah

1 sudu kecil stok ayam

3 sudu besar gula

Cendawan shitake

8 cawan air

1 sudu besar minyak bijan

Cara penyediaan

1.Tumis bawang putih, halia dan cili kering sehingga naik bau.

2.Masukkan ayam dan semua Bahan 2.

3.Biarkan ia mendidih dan masukkan air tepung jagung.

4.Panaskan hot plate dan letakkan mi.

5.Tuangkan kuah ke atas mi di dalam hot plate dan tambahkan sebiji telur.

6.Taburkan daun bawang dan siap dihidang.

Baca juga: Nasi Goreng Ping Coombes dengan sambal belacan, sajian tetangga Indonesia

Resepi ini sangat mudah, tapi rasanya tidak ubah seperti yang dijual di kedai. Bagi yang tidak memiliki hot plate, masak menggunakan kuali biasa sahaja pun ia tetap lazat. Selamat mencuba!

Sumber: TikTok

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca