'Waktu kecil muka mak, bila besar muka ayah.' Mat Dan kongsi wajah anak-anak. Comelnya muka mat saleh sangat!
PASTI ada yang mengenali Mat Dan, pengacara dan pempengaruh 'Mat Saleh' yang fasih bertutur loghat Terengganu.
Sekadar makluman, anak kedua daripada tiga beradik yang berasal dari United Kingdom itu, pada awalnya merupakan seorang pengembara.
Namun, telah mengambil keputusan menetap di Malaysia sejak tahun 2009 ketika berkunjung ke Pulau Kapas, Terengganu.
Selepas memeluk Islam, beliau yang dikenali sebagai Mohammad Kareef Daniel Abdullah itu kemudiannya bertemu jodoh dengan Nadifa Adnan, anak jati Terengganu.
Kini pasangan tersebut bahagia melayari alam rumah tangga dengan kehadiran tiga cahaya mata yang comel-comel belaka.
Mat Dan rajin berkongsi gambar mereka sekeluarga di laman Instagram miliknya.
Menerusi Instagram Storynya sebelum ini, beliau sering memuat naik wajah ketiga-tiga anaknya, Muhammad Zayne, Eydan Yusoff dan Esabelle Zahra.
Terbaharu, penyampai radio Molek FM itu memuat naik sekeping video yang memaparkan wajah anak ketiganya, Esabelle.
Si kecil yang mengenakan gaun rona putih dilihat begitu comel dan wajahnya kini kian berubah mirip wajah sebelah bapanya.
WARISI BAKA MAT SALEH
Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai. Rata-rata memuji kecomelan anak-anak pempengaruh berkenaan yang banyak mewarisi wajah ayahnya yang berbaka mat saleh.
Berikut antara komen yang dimuat naik warga maya:
'Setakat ni air muka mak dia, meningkat dewasa nanti air muka mat saleh pula.'
'Kecik-kecik muka mak nya. Besar esok muka ayah nya.. Tengok lah nanti.'
'Wah sebijik ikut mummy muka kali ni.
'Comel Zahra. Anak solehah yang menyejukkan hati ibu ayah. Amin.'
'Ni pun muka ikut mat Dan juga nanti. Macam anak saya. Tiga bulan pertama kulit gelap atau merah sikit. Masuk bulan keenam, jadi cerah sampai sekarang.'
'Hi Esabelle. Mula-mula muka Melayu, kemudian ikut daddy belaka. Abang-abang sebelum ini begitu juga.'
Suka betul tengok anak-anak Mat Dan ni. Memang tidak dinafikan, anak-anak yang mewarisi darah kacukan pasti comel-comel belaka kan!
Hmm…memang lawa pun Esabelle ni. Kalau dah besar, mesti glamor punya!
Sumber: Instagram Mat Dan
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang