Wanita ini kongsi DIY pencuci homemade guna tiga bahan jer. Siap bantu tanggalkan kesan karat!

A
A
A

PELBAGAI jenis pencuci yang kita gunakan di dapur untuk membersihkan itu ini.

Sebagai contohnya, untuk kegunaan mengelap permukaan dapur, perabot, lap meja, cuci pinggan mangkuk dan sebagainya lagi.

Tidak hairanlah jika ada yang membeli banyak-banyak dan buat stok untuk kemudahan akan datang.

Menerusi Facebook Yatie Eimra, beliau memuat naik cara untuk hasilkan sendiri (DIY) pencuci dengan hanya menggunakan bahan di dapur sahaja. Mudah dan menjimatkan!

"Sebelum ni saya pernah kongsi tentang homemade spray serba guna untuk halau semut. Baru-baru ini ada kawan tanya apa lagi kegunaan spray ni.

"Jadi, kali ni saya nak kongsikan kegunaan spray ni untuk memudahkan kerja-kerja di dapur. Selain bersihkan dapur, banyak lagi kegunaan lain," ujarnya.

Baca ni Idea kreatif DIY meja konsol dengan cara mudah, murah dan menjimatkan masa. Hanya sambung & skru sahaja, dah siap!

Antara kegunaan spray serba guna tersebut adalah:

1)Hilangkan bau hanyir

-Selepas bersihkan ayam dan siang ikan, semburkan pencuci tersebut pada pisau, papan pemotong dan singki.

-Ia bertujuan untuk hilangkan bau hanyir (ikan terutamanya). Biarkan 5 hingga 10 minit sebelum cuci macam biasa.

Baca lagi Sheila Rusly tayang ruang dapur bikin ramai kagum. Kemas & cantik macam showroom!

2)Mudah tanggalkan kesan minyak

-Semburkan penutup bekas makan itu dengan pencuci serba guna lalu biarkan sekejap sementara nak basuh.

3)Cuci bekas membuat kek

-Jika mahu membuat sendiri meringue atau pukul whip cream, mixer dan bekas adunan mesti kering dan tak berminyak.

-Semburkan pencuci tersebut pada mixer dan bekas makanan. Kemudian rendam seketika dengan air panas untuk pastikan semua kesan lemak dan minyak tanggal.

- Basuh dan keringkan sebelum guna. Anda juga boleh praktikkan kaedah yang sama untuk mencuci perkakas pembakar lepas guna. Sangat menjimatkan masa dan menjimatkan sabun.

Baca lagi DIY pewangi semburan untuk hilangkan bau kepam dalam rumah & hilangkan habuk kipas. Mudah, jimat & tahan lama!

4)Spray & rendam kain lap tangan

- Gunakan kain lap dapur dan span basuh pinggan untuk tanggalkan kesan minyak. Sesetengah orang terus masukkan kain yang berminyak dalam mesin basuh.

-Sebenarnya kesan-kesan minyak itu akan buat drum mesin basuh cepat kotor (kotoran melekit, melekat di celah getah pintu dan juga mendap dalam lubang drum).

- Demikian juga dengan span basuh pinggan. Spray larutan cuka ini dan rendam air panas dalam 10 minit. Kemudian keringkan. Cara ini boleh elakkan span mudah berbau dan jadi tempat pembiakan bakteria.

5)Bersihkan pengisar & tanggalkan karat pada mata pengisar

-Bagi anda yang gemar menggunakan pengisar untuk membuat kek, jangan lupa cuci tempat pengisar tersebut.

-Selain untuk bersihkan kotoran pada pengisar tersebut, cara ini juga sesuai untuk kurangkan bau (bawang contohnya), pijar cili dan boleh bersihkan mata pengisar juga. Pun demikian, pastikan anda merendam seketika dan jangan terus dicuci.

6)Bersihkan karat/mendapan dalam cerek elektrik

-Untuk bersihkan karat atau mendapan dalam cerek elektrik, gunakan bancuhan spray ni dalam satu hingga dua cawan.

-Kemudian tambah air paip sehingga cerek penuh (jangan letak banyak sebab bila mendidih air akan melimpah).

-Pastikan cerek dalam keadaan suam sebelum dibersihkan. Kalau banyak sangat karat, perlu ulang beberapa kali.

Menurut Yatie, sebelum ini beliau menghasilkan tiga botol spray untuk kegunaan dapur, lap air tumpah, spray langsir bagi hilangkan bau asap serta untuk kegunaan dalam tandas.

Untuk kegunaan dalam tandas pula, Yatie tambahkan sedikit essential oil (lavender & lemon) supaya lebih wangi.

Bagi anda yang berminat nak cuba sendiri pencuci tersebut, SinarPlus kongsikan caranya:

Baca ni Cara cuci oven tanpa perlu sental, mudah dan berkesan. Hasilnya pun berkilat!

Bahan-bahan

1½ cawan cuka

7½ cawan air

4-6 sudu sabun pencuci pinggan (kurangkan jika pencuci pinggan pekat)

Campurkan semua bahan, masuk dalam botol spray.

Pastikan spray sentiasa ditutup apabila tidak digunakan supaya kepala spray tak mudah rosak.

Bahan pencuci tersebut juga boleh menghilangkan bau hancing dan membantu mengurangkan bau di dalam bilik air yang tak diingini.

Pastikan anda tidak menggunakan sabun pencuci yang kuat kerana sesetengah sabun ada bahan aktif yang boleh bertindak balas dengan cuka.

Selamat mencuba!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca