WOW, bercuti Turki dengan bajet di bawah RM10,000 dikira murah. Buktinya lelaki ini hanya menggunakan RM3,444 dalam ‘trip’ selama 10 hari.

Seorang pengguna media sosial, Facebook Amri Baik berkongsikan itinerari lengkap percutian ke Turki dengan jumlah perbelanjaan yang mampu milik.

Pasti ramai yang akan mengatur cuti dan menyimpan wang untuk bercuti ke Turki kerana umum mengetahui bahawa negara itu merupakan tempat perlancongan yang begitu terkenal di dunia.

Bahkan, terdapat beberapa filem tanah air kita dirakam di negara belon panas itu.

Usah risau, SinarPlus gerenti anda semua akan menyimpan hajat untuk melawat negara itu selepas membaca itenerari percutian ini.

Difahamkan, perkongsian percutian lengkap itu meliputi keseluruhan kos penginapan dan insurans selama 10 hari iaitu sebanyak RM3,444.

Baca juga: Bermalam bersama haiwan jinak, lima destinasi percutian ini pasti buat si cilik teruja

Biar betul?! Harga macam tu boleh duduk dekat negara dalam tempoh lama macam tu. Macam tak percaya kan, tapi itulah kenyataan yang harus diterima.

Jom SinarPlus kongsikan itinerari yang dikongsikan jejaka itu dengan lebih terperinci.

Pengangkutan

1. Tiket kapal terbang (Emirates) KUL – IST – KUL = RM1,700.
2. Tiket kapal terbang (Turkish Airlines) IST – SFQ = RM150.
3. Bas (Havabus) dari Sanliurfa Airport – Urfa = RM5.
4. Bas awam no. 24 dari hotel – Eyyube = RM1.
5. Teksi dari Eyyube – hotel = RM9.
6. Teksi dari hotel – Sanliurfa Otogar = RM6.
7. Bas (Mardin Seyahat) dari Sanliurfa Otogar – Nevsehir Otogar = RM60.
8. Teksi dari Nevsehir Otogar – Goreme = RM17.
9. Bas mini dari Cappadocia – Kayseri Otogar = RM21.
10. Bas (Kahramanmaras) dari Kayseri Otogar – Ankara = RM46.
11. Dari Ankara Otogar – AKM Otel (percuma orang turki belanja).
12. Teksi dari AKM Otel – Ankara Otogar = RM2.
13. Bas (Metro) dari Ankara Otogar – Bozuyuk Otogar = RM50.
14. Dar Bozuyuk Otogar – Sogut – Bozuyuk Otogar = RM65.
15. Bas dari Bozuyuk Otogar – Bursa Otogar = RM13
16. Teksi dari Bursa Otogar ke Malkoc Otel = RM6.
17. Teksi dari Fetih Muzesi – Bursa Otogar = RM7.
18. Bas (Metro) dari Bursa Otogar – Barampasa Otogar = RM45.
19. Teksi dari Barampasa – Sultanahmet Inn = RM12.
20. Teksi dari Agora Boutique – Istanbul Airport = RM40.

Jumlah: RM2,264/pax

Penginapan

1. Urfaevi Otel, Sanliurda = RM50
2. Chelibi Cave Hotel, Cappadocia = RM145 (2 malam)
3. AKM Otel, Ankara = RM70
4. Malkoc Otel, Bursa = RM45
5. Sultanahmet Inn, Istanbul = RM60
6. Agora Boutique Hotel, Istanbul = RM60

Jumlah: RM490/pax

Tempat perlancongan

Baca juga: Bermalam di rumah bot eksklusif, lima pilihan hotel bergerak cetus idea percutian lebih privasi dan selamat

Sanliurfa

1. Archeologi Muzesi = RM15
2. Makam Nabi Ayub A.S = Percuma
3. Masjid Halillurrahman (tempat lahir Nabi Ibrahim A.S) = Percuma
4. Balikligol (tempat Nabi Ibrahim A.S dibakar) = Percuma
5. Urfa Bazaar = Percuma

Cappadocia

1. Red & Green tour = RM255
2. Hot Balloon = RM180

Sogut

1. Ertugrul Turbesi = Percuma

Bursa

1. Ulu Camii = Percuma
2. Tophane (makan Osman Gazi dan Orhan Gazi) = Percuma
3. Fetih Muzesi = Percuma

Iklan

Istanbul

1. Hagia Sophia = Percuma
2. Blue Mosque = Percuma

Jumlah: RM455

AIG insurans: RM235/pax

Baca juga: Percutian bajet dalam M’sia 10 hari baru RM3K, lelaki ini kongsikan

Haa… setelah disenaraikan secara terperinci memang nampak berbaloi bercuti selama 10 hari ke Turki.

Difahamkan, sekiranya anda ingin memberi tiket penerbangan domestik Turki memerlukan hes kod, malah Amri mengingatkan untuk jangan cuba tempat awal selagi hes kod tak dimohon.

Jelasnya juga, ke semua tiket bas dibeli secara walk in di setiap stesen bas dan begitu juga dengan hotel, ditempah sewaktu dalam perjalanan ke lokasi kecuali Agora Boutique Hotel kerana membuat tempat di penginapan itu memerlukan hes kod.

Iklan

Bercuti ke luar negara itu merupakan impian semua individu, namun mengenangkan jumlah perbelanjaan yang besar maka terpaksa mengetepikan semua hasrat itu.

Namun, keinginan itu perlu dihidupkan semula kerana tiada yang mustahil untuk melancong ke negara lain mengikut ‘poket’ masing-masing.

Mereka yang ingin melancong luar dari Malaysia perlu membuat sedikit carian, penyelidikan tentang mata wang sesebuah negara itu.

Amat digalakkan untuk pergi bercuti ke negara mata wangnya lebih rendah dari Malaysia kerana ia lebih menjimatkan dan kita akan jadi ‘kaya’ apabila berada di sana.

Jadi apa tunggu lagi, jom ajak kawan-kawan mahupun keluarga menikmati percutian ke Turki, banyak tempat menarik yang boleh dilawati. Semoga bermanfaat!

Sumber: Amri Baik

Baca juga: Seronoknya bercuti! Berikut ‘checklist’ barang kelengkapan percutian keluarga

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan