Wow! McDonald's bakal lancar BTS Meal dengan kumpulan K-Pop, BTS

A
A
A

PASTINYA, ramai di antara kita akan mengenali kumpulan fenomena K-pop, BTS kan?

Masakan tidak, mereka adalah pemecah rekod carta teratas dan calon untuk Grammy Awards di sebalik lagu-lagu hits mereka yang tiada kesudahannya sehingga kerap terngiang-ngiang pada telinga.

Terkini, video klip lagu terbaharu mereka berjudul, Dynamite yang disiarkan dalam saluran Youtube mencecah 1 bilion tontonan! Daebak!

Kepopularan BTS itu telah menyebabkan banyak jenama berlumba-lumba mendapatkan mereka.

Terkini, restoran makanan segera McDonald's yang produk makanan segera 'gergasi' itu telah mengumumkan bahawa mereka akan melakukan kolaboratif bersama BTS pada bulan depan dengan menyediakan BTS Meal.

Pastinya ia merupakan berita baik bukan sahaja kepada peminat BTS, malah McDonald's juga!

https://www.tiktok.com/@mcdonalds/video/6952853305903140101?_d=secCgYIASAHKAESMgowULRlmxmT7t90anTB3%2BUQ84jWKF83UYq2XsDpsFgePoiPxieSO9fi6UxqxehkeSPDGgA%3D&language=en&preview_pb=0&sec_user_id=MS4wLjABAAAAj7JY_XvARPu7MTkYcagB4y0Eyz0ROxcHEUQ7GRQwdV_jni__pYf_ujhkNY-iEcDN&share_item_id=6952853305903140101&share_link_id=5BD0174A-A374-4F9D-8C44-B66DC6A16D16&source=h5_m×tamp=1618838702&tt_from=copy&u_code=d93g92gmj630mb&user_id=6753242003369346053&utm_campaign=client_share&utm_medium=ios&utm_source=copy&_r=1&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6909652495724873218

McDonald's dalam satu kenyataan media berkata, BTS Meal bakal tersedia di hampir 50 negara di seluruh dunia termasuk Malaysia, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Kanada, Singapura, Hong Kong, Australia dan banyak lagi.

"BTS Meal direka khas mengikut pilihan ahli BTS sendiri.

"Menunya termasuklah 10 keping Chicken McNuggets, kentang goreng saiz sederhana, minuman saiz sederhana serta turut dilengkapi bersama sos cili manis dan cajun yang sebelum ini hanya boleh didapati di McDonald’s Korea sahaja," beritahunya.

Dalam pada itu, kata Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia, Melati Abdul Hai, BTS benar-benar mencetus fenomena global dengan peminatnya di seluruh dunia dan McDonald's sangat teruja dengan hasil kerjasama itu.

Okey, bersedia semua rakyat Malaysia. BTS Meal akan dilancarkan pada tarikh yang berlainan bagi setiap negara, bermula dengan Malaysia pada 26 Mei depan dan diikuti dengan negara-negara lain mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Jadi, jangan lupa dapatkan menu istimewa tersebut ya. Save the date guys!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca