Wow Neelofa, Atisha raya dengan Swaroski

A
A
A

BIARPUN sambutan Syawal tahun ini mengehadkan kita untuk aktiviti ziarah-menziarah, tetapi itu tidak bermakna silaturahim baik bersama keluarga, sanak saudara mahupun sahabat akan turut terbatas.

Tidak dapat bersua muka di kampung halaman susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), tidak mengapa.

Anda masih berpeluang menggembirakan hati insan tersayang dengan bingkisan istimewa Swarovski #SharetheSparkle.

Kirimkan mereka koleksi aksesori menawan Swarovski #SharetheSparkle yang direka khas untuk lebaran tahun ini. Kehadiran produk baharu itu bagaikan refleksi pada ikatan silaturahim tradisi hari raya yang diamalkan sepanjang zaman.

neelofa SwarovskiKOLEKSI Swarovski #SharetheSparkle refleksi ikatan silaturahim tradisi hari raya yang diamalkan sepanjang zaman.

Menariknya, kempen Aidilfitri ini bukan sahaja menonjolkan keanggunan selebriti dan usahawan popular, Noor Neelofa Mohd Noor menggayakan aksesori Swarovski #SharetheSparkle. Bahkan, bekas pengacara Meletop itu turut digandingkan bersama adik kesayangan, Athisha Khan.

Artikel berkaitan: Naelofar hijabi moden

Bicara Noor Neelofa atau mesra disapa Neelofa: "Hari raya adalah acara istimewa yang mana kita meraikan dan merapatkan ikatan ukhwah bersama keluarga dan insan tersayang.

"Tahun ini, saya bersyukur dan bahagia apabila menjayakan kempen Swarovski #SharetheSparkle di samping adik tersayang, Athisha."

neelofa atisha SwarovskiPADA tahun ini Atisha berpeluang bergandingan bersama kakaknya, Neelofa untuk kempen raya Swarovski #SharetheSparkle.

Bagi memberi pilihan buat golongan wanita Swarovski #SharetheSparkle menampilkan lima koleksi menarik seperti Stunning, Sunny, Swarovski Power Collection, Cocktail dan Dream Rock.

Rekaannya yang glamor, moden dan berkilau ideal dipraktikkan konsep suai dan padan bersama busana tradisional raya pilihan.

Selain rantai berkalung motif daun ginkgo, Swarovski #SharetheSparkle turut menawarkan gelang tangan, cincin bertatah batu warna lembut, anting-anting dan jam tangan batu kristal.

Artikel berkaitan: PKP ajar Neelofa lebih berdisiplin

Artikel berkaitan: Pesanan Tun Dr Mahathir dalam #BerseoranganBersama kelolaan Neelofa

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca