WAKTU bulan puasa ni mesti anda inginkan kudapan sambil menonton TV kan.

Tapi tak mahu makan makanan yang terlampau berat. Jadi SinarPlus kongsikan resipi crispy popia cheese.

Bahan-bahan:
– 1 paket kulit popia
– Cheese powder secukupnya
– Sedikit gula kastor
– Sedikit serbuk cili
– Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara:
1. Potong kulit popia kepada bentuk empat segi
2. Panaskan minyak dan goreng kulit popia
3. Biarkan sejuk seketika
4. Masukkan ia ke dalam bekas dan gaul bersama cheese powder, gula kastor dan serbuk cili. Lebihkan serbuk cili jika anda suka pedas
5. Pastikan cheese digaul rata

Iklan

Siap dan boleh dinikmati. Mudahkan nak buat crispy popia cheese ni. Kalau nak beli mahal juga dalam RM20 sebalang. Jadi apa kata anda buat sendiri. Kos rendah dan anda boleh makan sebanyak mana yang anda suka! Selamat mencuba!

Iklan

Penulis: Suhaila Ali
Sumber: theAsianParent