Yamaha MT25 bakal jengah pasaran tempatan, harga memang berbaloi

A
A
A

SEGMENnaked bike Malaysia bakal digegarkan dengan kemunculan edisi terbaharu keluaran Hong Leong Yamaha Motor, Yamaha MT25 sekali gus menandingi populariti Yamaha MT09 yang cukup gah di pasaran Asia.

Lihat sahaja wajah baharu Yamaha MT25 yang cukup garang serasi dengan tema Rush of Darkness. SinarPlus pasti, para peminat motosikal berkuasa tinggi teruja untuk mengetahui harga jualannya.

Percaya atau tidak, jika harga yang ditawarkan bermula RM21,500 (tidak termasuk pendaftaran dan insurans)? Dengan kemampuan 249cc dan kuasa maksimum 26.5 kW/12,000 rpm rasanya sudah berbaloi.

yamaha MT25

Selain keupayaan tangki bahan api 14 liter dengan berat 169 kilogram, prestasi Yamaha MT25 dalam kelas tersendiri itu pasti membuatkan si penunggang meluncur cemerlang di jalanan.

Sebagai nilai tambah, rekaan lampu predator LED yang cukup sofistikated dengan panel meter digital bersertakan ciri sisten brek ABS canggih bakal memenuhi keperluan baharu segmen naked bike tempatan.

Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industries Berhad, Datuk Jim Khor optimis menggambarkan kemunculan baharu Yamaha MT25 yang lebih agresif dan stail itu bakal menggegarkan pasaran segmen naked bike.

yamaha MT25

“Lebih padu dengan prestasi tork mengagumkan! Versi facelift dengan definisi pemanduan terbaik ini membuktikan 'DNA' original siri MT Yamaha terus utuh dengan pelbagai ciri inovatif moden.

“Ini terbukti apabila berlaku peningkatan jualan sebanyak lapan peratus pada tahun lalu dengan volume jualan mencecah 590,000 unit berbanding tahun 2018 dan kami menjangkakan trend ini berterusan,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

yamaha MT25

yamaha MT25

Untuk mereka yang mahu mendapatkan edisi terbaharu untuk koleksi peribadi, perlu bersabar kerana model sensasi tersebut akan tiba di kesemua pengedar Yamaha Big Bike bermula pada 18 November nanti.

Jadi apa lagi? Jangan lupa nantikan kemunculan Yamaha MT25 yang didatangkan dengan dua pilihan rona dinamik, Ice Fluo dan Yamaha Blue!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca