Zahiril bukti permainan video atas talian mampu jana pendapatan

A
A
A

Foto: IHSAN INSTAGRAM @zahiriladzim DAN SUMBER INTERNET

BUKAN sekadar hobi untuk mengisi waktu yang terluang, E-Sports atau PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) boleh menjana pendapatan jika seseorang individu itu berjaya memanfaatkannya sebaik mungkin.

Selain wadah hiburan, keseronokan yang dinikmati dalam mengejar matlamat atau misi dalam sesuatu permainan membuatkan pemain berasa cukup puas.

E-Sports merupakan sebuah industri baharu pembangunan permainan video. Ia juga merupakan industri dan sumber ekonomi baharu kepada para individu yang meminati permainan video secara positif.

Pelakon terkenal, Zahiril Adzim yang aktif sebagai pemain E-Sports antara contohnya. Beliau juga tidak kurang giat mempromosikan sukan itu secara positif, memandangkan sukan tersebut sudah diangkat ke peringkat antarabangsa.

Terdapat beberapa media tempatan melaporkan, Zahirin mula bermain permainan video sejak zaman kanak-kanak. Namun dek kekangan, beliau terpaksa berhenti untuk fokus kepada bidang lakonan.

Awal tahun 2019, Zahiril kembali berjinak-jinak terhadap permainan tersebut.

Menurut perkongsian Zahiril, pada awalnya, beliau hanya memuat turun aplikasi permainan video PUBG di telefon pintar miliknya dan kemudiannya di komputer.

Dari situ, beliau mendapat idea untuk cuba bermain dengan serius. Sehingga kini, beliau sendiri mengakui berjaya menjana pendapatan.

Dalam permainan E-Sport para pemain selalunya akan dibayar apabila bermain permainan video tersebut.

Begitulah kisah Zahiril yang bijak mencuri peluang terhidang dengan menjadikan permainan video popular itu sebagai mata pencarian sampingannya.

Ramai sebenarnya yang berbakat dalam permainan video atau sukan E-Sports, akan tetapi tidak menyedari kelebihan teknologi permainan itu.

Zahiril sendiri berkongsi, apabila orang tahu beliau juga mula aktif dalam permainan digital itu, secara tidak langsung beliau berharap dapat bantu mempromosikan komuniti dengan lebih meluas.

Para akademik ramai terlibat E-Sports?

Barangkali ya. Buktinya, terdapat lapan Universiti di Malaysia yang menawarkan dan mempunyai kelab E-Sports, antaranya ialah Uitm Shah Alam, Universiti Putra Malaysia dan lain-lain yang tersenarai.

Kesemua kelab E-Sports di institut pengajian tinggi itu mempunyai hubungan rasmi dengan Persatuan Sukan Elektronik Malaysia yang dikenali sebagai ESM.

Apa pun sedarilah... sukan elektronik atau E-Sports adalah seperti pisau. Jika disalahgunakan menjadi tidak baik, tetapi kalau diguna secara berhemah akan menjadi satu alatan untuk menambah ilmu.

Seperti sedia maklum, sukan elektronik merupakan salah satu industri yang besar dengan pelbagai syarikat yang menyokongnya. Selain itu, ramai pemain antarabangsa menjadikan ia sebagai kerjaya serius.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca