Gelagat Aidid rakam anak sulung lulus lesen P mencuit hati. ‘Habislah, kena tambat kereta lepas ni’
KEMAHIRAN memandu dan memiliki lesen adalah kemahiran asas yang menjadi kemestian pada masa kini. Malah lulus ujian memandu juga momen bermakna yang perlu diraikan. Namun gelagat bekas personaliti TV, Aidid Marcello Azhari merakamkan reaksi anak sulungnya, Alyea Nai Lina, mencuit hati warganet.
Menerusi video yang dimaut naik Aidid di Instagram, anaknya Alyea Nai Lina atau mesra disapa Ana, 18, dilihat gembira ketika menerima lesen memandu percubaan atau Probationary Driving License (PDL).
“Bukan main kau posing dengan lesen P tu. Senyum. Kau tengok ni, ni pun keputusan juga ni. Ambil keputusan SPM tak senyum sangat.
“Dapat keputusan P jer, belum dapat penuh lagi sudah senyum.
“Habislah kereta aku, nak kena tambat kereta aku,” kongsinya.
Dalam nada lucu, bekas pengacara program Remaja dan Pop Kuiz itu berseloroh tentang seorang pemuda yang membantu merakam foto anaknya.
“Ambil gambar seorang pula. Abang ni ‘adjust’ aku rasa. Bukannya aku tak tahu, aku pernah muda,” ujar Aidid lucu.
Rata-rata warganet mengucapkan tahniah buat Alyea atas kejayaannya dan meluahkan geli hati melihat gelagat dua beranak itu.
“Kelakarlah Daddy nya! Anyway tahniah untuk si anak.”
“Bila anak perempuan dapat lesen P dan drive bapa duduk sebelah mesti kaki bapanya asyik tekan ‘invisible brake’ atau tak berhenti berleter.”
“Ayah pun siap buat penceritaan lagi. Kami terhibur.”
Hantaran itu menggamit memori warga maya saat berjaya memperolehi lesen P yang tempoh sah selama dua tahun itu. Tidak kurang juga yang mengatakan anak gadisnya itu mewarisi rupa paras menawan daripada ibu dan ayah.
“Masa baru dapat lesen dulu orang kata tengah gila streng. Bawa kereta tersangkut di pagar masa hendak buat pusingan.
“Kelakarlah. Ingatkan Norzie tadi, rupanye anak dia dia. Sebiji rupa mak.”
“Alahai bapaknya pun mengintip bukan main. Muka anak sulung macam Norzie masa muda-muda masa di Majalah 3.”
“Cantik anak persis ibunya.”
Untuk rekod, Aidid dan Norzie berkahwin pada pada 5 Mei 2005 di Dewan Perdana FELDA, Kuala Lumpur berwalikan bapa pengantin perempuan.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga putera dan seorang puteri iaitu Alyea Nai Lina, Muhammad Iman, Muhammad Yusuf dan Muhammad Ibrahim.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang