'Harap sakit itu yang terakhir abang bagi mama...'Luahan ibu sempena hari jadi Meerqeen bikin sebak!
SEMPENA ulang tahun kelahirannya yang ke-23 baru-baru ini, pelakon muda terkenal, Meerqeen menerima ucapan cukup bermakna daripada ibunya.
Hantaran yang dimuat naik menerusi Instagram miliknya, Suraidah Yacob berkongsi tinta yang cukup menyentuh hati buat anak sulungnya itu.
Menerusi nukilannya, Suraidah meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan anak lelaki seperti Meerqeen.
"Hari paling sakit yang mama rasa, tak pernah mama rasa sesakit itu seumur hidup mama.
"Sakit nak keluarkan seorang budak kenit yang akhirnya diberi nama Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam. Harapnya itulah sakit yang terakhir abang bagi mama.
"Alhamdulillah sakit mama tu sakit yang berbaloi sehingga saat ini. Alhamdulillah Allah bagi abang pada mama dan ayah. Syukur yang teramat sangat.
Wanita tersebut turut mengimbau kembali momen yang tidak dapat dilupakan sepanjang melihat pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu membesar.
"Melihat tawanya, melihat tangisnya, melihat susahnya, melihat peritnya melalui sakitnya, merasai dukanya dan mama akan sentiasa ada dalam setiap jatuh bangun abang. Setiap perjalanan abang, mama doakan yang terbaik.
"Budak bertuah ni carry so many colours, itu yang buat rumah mama tak pernah sunyi. Kalau dia kerja lama, dua tiga hari tak jumpa pun rasa rindu sangat dekat dia.
"Tengok dia tidur pun dah buat mama happy. Anak ni yang tak berubah adalah cara tidur mereka. Kalau tengok dia tidur memang ingat anak aku ni umur 10 tahun. Cepat betul besar, tahu-tahu masuk universiti, tahu-tahu dah kerja. Esok-esok tahu-tahu mama ayah dah tak ada.
Pada masa sama, beliau menitipkan nasihat kepada anaknya itu supaya tidak lupa menjalankan tanggungjawab sebagai anak selain mendoakan kesejahteraannya.
"Doakan mama dan ayah selalu. Awak tu anak sulung, jaga adik-adik semua dan jalankan tanggungjawab elok-elok.
"Sebesar mana pun abang, setua mana pun abang, serendah mana pun abang..abang sentisa dalam doa mama. Sebab doa mama untuk abang sampai akhirat nanti. Semoga kita dapat berkumpul semula di akhirat!
"Mama love you! Ingat pesan mama, biarlah sakit bersalin tu jadi sakit yang paling sakit abang bagi mama..no more pain.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang