'Ernie tengah ‘all out’ bersenam, saya tak mahu bunuh semangat dia… ’Syamel jawab isu dakwaan isteri kini berbadan dua

No Image Caption
A
A
A

PASANGAN penyanyi Syamel dan Ernie Zakri sering berkongsi kisah rumah tangga mereka di sosial media.

Selepas lebih tiga tahun mendirikan rumah tangga, pasangan sejoli itu telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Nur Khawla Soleha.

Nur Khawla Soleha yang mesra di panggil Khawla menjadi penyeri bagi pasangan suami isteri itu dengan gelagat comel dan kepetahannya ketika bercakap.

Oleh sebab itu juga, peminat sering mendoakan kebahagiaan keluarga kecil ini, bahkan mengharapkan Syamel dan Ernie untuk menimang cahaya mata kedua mereka.

Sebelum ini, banyak desas-desus bahawa Ernie sedang mengandungkan anak kedua selepas gambar yang dikongsikannya seolah-olah menampakkan baby bump.

Namun disangkal tuan punya badan yang mengatakan beliau kelihatan sedikit berisi disebabkan faktor pemakanan.

Terbaharu, isu berkenaan kembali tular di media sosial apabila penyanyi lagu Hamba Cinta itu diusik oleh seorang penyampai radio bahawa isterinya kini berbadan dua.

Menyerahkan semuanya kepada ALLAH, Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly tampil menidakkan khabar angin tersebut.

Artikel Berkaitan:

Syamel memaklumkan beliau dan Ernie ketika ini mahu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap kerjaya seni mereka.

“Kalau ada rezeki untuk menimang cahaya mata kedua, saya dan Ernie tidak pernah menolak.

“Cuma buat masa sekarang kami gembira memenuhi tuntutan kerjaya masing-masing, jadi biarlah isteri saya bekerja dahulu sebelum rehat panjang selama sembilan bulan.

“Apapun saya tidak menidakkan semua itu, Ernie sekarang pun tengah ‘all out’ bersenam, jadi saya tidak mahu bunuh semangat dia. Kami tak menolak jika ada rezeki.

Beliau berkata demikian ketika sidang media lagu terbaharunya berjudul Hamba Cinta, di Jao Tim, semalam.

No Image Caption

Berkongsi mengenai single terbaharu ciptaannya bersama Yusuff Khan, Adam Armi dan Adly Kiddy itu, Syamel berkata, beliau mendapat idea ketika bertemu dengan peminat ketika keluar joging sekitar Bangsar.

Katanya, single Hamba Cinta adalah permulaan kepada perubahan besar yang berlaku kepada perjalanan seninya memandangkan dirinya kini bernaung di bawah syarikat rakaman, Warner Music Malaysia.

Sehubungan itu, katanya, mereka merancang mahu menerbitkan album penuh bagi melengkapkan profil seninya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang