16 hari sambut cahaya mata, Da'i Syed teresak-esak dijel 10 tahun & 3 sebatan atas tuduhan merogol

No Image Caption
A
A
A

PENDAKWAH selebriti Da'i Syed dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini susulan merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.

Hakim, Norazlin Othman memutuskan memerintahkan Syed Shah Iqmal, 29, dihukum serta-merta selepas didapati bersalah kerana gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Dia yang ditemani isteri, pengacara, Hana Ismail, 38, yang baru melahirkan anak 16 hari lalu menangis teresak-esak sebaik mendengar keputusan tersebut memeluk wanita itu.

Hana yang mengiringi Da'i Syed di luar bilik mahkamah kelihatan sayu.

Kredit foto: Sinar Harian
Kredit foto: Sinar Harian

Pada 10 April 2023, Hakim Rihaida Rafie melepas dan membebaskan pendakwah itu atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 29, daripada tuduhan itu tanpa memanggilnya membela diri.

Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 23 tahun dalam bilik di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, jam 1.35 malam pada 11 September 2019.

Atas kesalahan tersebut, dia yang didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Da'i Syed baharu menyambut kelahiran anaknya pada 14 Ogos 2024 lalu
Da'i Syed baharu menyambut kelahiran anaknya pada 14 Ogos 2024 lalu

Pada 10 April tahun lalu, Mahkamah Sesyen melepaskan dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya, di akhir kes pendakwaan.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan dia membela diri atas pertuduhan terbabit, selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan.

Selain kes ini, dia yang didakwa atas dua pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut sebuah kolej swasta, dilepaskan dan membebaskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 31 Mei 2022 lalu, selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnye.

Sumber: Sinar Harian, Harian Metro

Kalau sudah jodoh, tak ke mana. Pertemuan merpati sejoli ini dalam satu majlis ilmu mencambahkan perasaan cinta di antara Da'i Syed dan pengacara TV Al-Hijrah, Hana Ismail.

Bersatu sebagai suami isteri yang sah pada 3 Disember lalu, kebahagian kedua-dua anak kelahiran Perlis itu cukup dirasai.

Malah, sambutan Aidiladha pada kali ini pastinya lebih bermakna buat mereka berdua.

Berpeluang mewawancara pasangan tersebut baru-baru ini, SinarPilus mencungkil tentang reaksi kedua-duanya sewaktu pertama kali bertentang mata.

Selain itu, Dai Syed turut berkongsi apakah menu pertama air tangan isteri kesayangannya itu? Pada masa sama, Hana turut mendedahkan sifat sebenar suami kesayangannya itu selepas mereka mendirikan rumah tangga.

Jawapannya memang comel sangat.

Nak tahu segalanya, jom tonton video ini.

Personaliti: SYED SHAH IQMAL SYED MOHD SHAIFUL(@daisyed_) & NURULHANA ISMAIL (@hanaalmauzah) Wartawan/Teks: ZAITON ABDUL MANAF (@honeza) Juruvideo: ZAITON ABDUL MANAF Editor/Penyunting: MAZLINA ABDUL MAJID (@mellynn.16) SinarPlus - Lifestyle, Health & Beauty and Community news" />

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang