Comelnya! Dai Syed & Hana Ismail kongsi nama puteri sulung. ‘Doakan keluarga kecil kami’
PELAKON dan pendakwah selebriti, Dai Syed memperkenalkan cahaya mata pertamanya yang diberi nama Sharifah Fatma Nour Jamalullail.
Menerusi perkongsian di Instagram, Dai Syed atau nama penuhnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 29, berkongsi isterinya, pengacara Hana Ismail selamat melahirkan puteri sulung mereka dilahirkan secara normal dua hari lalu.
"Alhamdulillah, kami akhirnya keluarga bertiga.
"Perkenalkan Sharifah Fatma Nour Jamalullail dilahirkan pada 14 Ogos 2024 bersamaan dengan 9 Safar 1446H.
"Syukur pada ALLAH atas kelahiran puteri sulung kami. Isteri juga bersalin secara normal Alhamdulillah. Mohon doakan kebaikan buat keluarga kecil kami," katanya.
Memuat naik foto memangku anak perempuannya, Syed turut berkongsi maksud dan makna nama yang dipilih buat puteri sulung mereka.
"Sharifah bermaksud yang mulia, Fatma adalah pemberian dan Nour adalah cahaya," katanya.
Hana terdahulu melahirkan anak sulung mereka pada ham 2.06 petang, Rabu.
Sekadar info, Hana dan Dai Syed yang merupakan peserta Dai Pendakwah Nusantara Musim Keempat pada 2016 mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2022 di Kuala Lumpur.
Hana pernah mengalami keguguran ketika usia kandungan mencecah usia 10 minggu pada Julai 2023.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang