Aliff Aziz dan Ruhainies hadir di Mahkamah, bakal didakwa atas pertuduhan berkhalwat

No Image Caption
A
A
A

[DIKEMAS KINI] PENYANYI Aliff Aziz dan pelakon Ruhainies mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur atas pertuduhan berkhalwat di sebuah kondomium, empat bulan lalu.

Aliff atau pemilik nama Mohamad Aliff Aziz, 33, dan Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan, di hadapan Hakim Syarie, Abu Suffian Abu Yaziz.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa berada bersama orang Islam yang bukan isteri, suami atau mahram, dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak, bahawa mereka membuat perbuatan tidak bermoral.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kondomonium di Bukit Bintang, pada jam 12.35 pagi, 9 Mac lalu.

Pertuduhan terhadap Aliff Aziz dibuat mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 iaitu Khalwat, sementara Ruhainies, Seksyen 27 (b) akta sama.

Jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan perbicaraan kes pada 17 Oktober depan dan membenarkan bon jaminan masing-masing sebanyak RM1,500 dilanjutkan sehingga prosiding selesai.

Kes ini dikendalikan pendakwa syarie dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Masroha Duki dan Mohd Nahar Mohamad manakala pasangan artis berkenaan diwakili peguam syarie, Abdul Hadi Mohamad Salleh dan Muhammad Amirul Ashraf A Ghani.

Pelakon drama 'Terjerat' itu sebelum ini dilihat hadir bersama-sama di Mahkamah atas pertuduhan berkhalwat.

Pada 9 Mac lalu, pelakon dari Singapura itu terpalit dengan kontroversi apabila dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara bersama pelakon, Ruhainies.

Selepas aktiviti itu terbongkar, kedua-dua pelakon itu menjadi sasaran kecaman netizen sebelum Aliff dan Ruhainies tampil menafikan dakwaan itu dan membuat permohonan maaf.

Isteri, Aliff iaitu Bella Astillah kemudiannya memfailkan penceraian secara ekspres, namun pelakon itu enggan menceraikannya pada sebutan kes pada 4 April lalu.

Bagaimanapun, pada 13 Jun lalu, Aliff menceraikan Bella dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini.

Sebagai rekod, Aliff dan Bella pernah bercerai talak satu pada 16 Mei 2019, namun rujuk semula ketika dalam iddah.

Mereka yang melangsungkan perkahwinan pada 9 September 2016, dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

Baca juga: 'Yang ditakuti benar terjadi.' Abang dedah adik ditikam suami di hotel pernah diugut bunuh, derita digantung tak bertali

Baca juga: 'Selepas hari ini tidak ingin cintai seseorang terlalu dalam.' Bella Astillah, Aliff Aziz bercerai talak satu

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang