Anak Achey berdengkur rupanya petanda tonsil bengkak, bakal jalani pembedahan. 'Strong girl, cepat sembuh Tiara'

No Image Caption
A
A
A

PELAWAK Achey berkongsi berita anaknya Nur Tiara Zinnirah, 6, bakal menjalani pembedahan membuang tonsil atau tonsilektomi pada Selasa.

Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah berharap pembedahan tersebut berjalan lancar dan memohon titipan doa daripada orang ramai.

"Esok Tiara akan menjalani pembedahan kecil untuk tonsil yang membesar. Semoga doa semua yang menyayangi Tiara terus mengalir untuknya.

"Tiara anak ayah, awak strong girl. Semua doakan awak sayang, cepat sembuh Tiara," kongsinya di Instagram.

No Image Caption

Achey dan isteri dalam masa yang sama berterima kasih kepada warga maya yang mencadangkan pemeriksaan ke atas permata hatinya susulan masalah berdengkur luar biasa yang dialami pada usia enam tahun.

"Terima kasih yang menyarankan Tiara untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Hasilnya, tonsil ditemui oleh doktor pakar," katanya.

Artikel Berkaitan:

Achey yang menyuarakan kebimbangan rasa tidak kuat melihat kesakitan ditanggung anaknya selepas pembedahan dan berharap segalanya dipermudahkan.

No Image Caption

"Ayah kalau bab ini (anak sakit) memang lembik sikit. Bagilah apa pun ayah redah sahaja nak. Tapi bab awak sakit memang ayah kalah. Apa pun ayah buat sebaiknya.

"Mama awak kuatlah. Mak, kan?" kongsi Achey.

Terdahulu, juara Bintang Mencari Bintang itu pernah memuat naik video Tiara berdengkur kuat tidak seperti kanak-kanak normal seusianya.

Warganet meminta Achey dan isteri membawa anak angkatnya mendapatkan pemeriksaan pakar bagi mengetahui status kesihatan.

Untuk rekod, Achey dan isteri, Nor Hasanah Yahaya mengambil anak angkat perempuan pada Mei 2018 selepas 14 tahun mendirikan rumah tangga.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang