'Berebut nak menjaga syurga kami…' Rebecca Nur Al-Islam dedah tabiat 8 beradik manjakan ibu jadi inspirasi

No Image Caption
A
A
A

PELAKON dan usahawan, Datin Rebecca Nur Al-Islam terkenal dengan keluarganya yang besar.

Ibu kepada sembilan anak itu ternyata terasuh sejak awal menghargai permaisuri hatinya.

Mendedahkan adik-beradiknya sering berebut untuk menjaga ibu mereka menerusi temu bual di podcast Ruang Usanita, Rebecca berkata, semuanya bermula selepas pemergian bapa mereka tujuh tahun lalu.

"Ibu saya itu adalah syurga yang sangat beruntung dekat dunia ni, sebab kami lapan beradik (enam sudah kahwin dan dua bujang) berebut-rebut hendak menjaganya sejak ayah meninggal 2017.

No Image Caption

"Contohnya abang saya, kalau hendak ke luar negara nak mengheret mak, kita pun nak mengheret mak.

"Mak tu pun macam ‘belah lah lapan aku’, sampai macam gitu sebab anak-anak mahukan dia," katanya yang mesra disapa Mummy Becca.

Baca juga: 'Hari ini bertambah lagi, total 10 anak.' Rebecca Nur Al-Islam bakal terima menantu pertama, anak tiri selamat bertunang

Baca juga: 'Comelnya Mak Salmah.' Siti Nurhaliza bawa emak jalan-jalan Korea Selatan, puas hati luang masa bersama keluarga

Pemenang Dewi Favourite, Dewi Remaja 2005/2006 itu juga percaya kejayaan anak-anak adalah disebabkan doa seorang ibu.

No Image Caption

"Lepas itu, anak ini manjakan dia, kita pun nak manjakan juga.

"Sebab percaya yang kejayaan kami, kejayaan anak-anak adalah disebabkan mak. Itu memang betul.

"Orang kata syurga hanya untuk anak lelaki, tidak. Anak perempuan itu pun syurga kita juga," kongsinya lagi.

Rebecca juga menjelaskan, beliau dan adik-beradik tidak pernah meninggalkan ibu keseorangan dan sentiasa mengambil tahu. Apatah lagi selepas kematian bapa mereka.

"Mak saya daripada tahun 2017 semenjak arwah ayah meninggal, dia beritahu tak pernah sunyi. Alhamdulillah," kongsinya.

No Image Caption

Baca juga: [VIDEO]Gelagat mak Nubhan masuk butik mewah buat ramai terhibur

Baca juga: Bertuahnya! Kejutan manis buat ibu, Zizan Razak hadiahkan kereta Mercedes Benz GLC300

Dalam pada itu, ibu kepada sembilan orang anak itu berharap kesemua cahaya matanya akan memberikan layanan sama ketika hari tuanya kelak.

"Bayangkan kalau hari tua saya anak sorang, saya tak boleh nak gambarkan. Saya tak dapat rasa macam mana mak saya direbut-rebut.

"Jadi Alhamdulillah, anak saya sembilan orang dan saya tak rasa berbagi kasih dengan mereka. Saya rasa kesemua (sembilan beradik) akan berebut saya esok (hari tua)," katanya.

Sekadar info, Rebecca berkahwin Datuk Norazam yang merupakan peguam dan ahli perniagaan pada 14 Januari 2011.

Pasangan itu dikurniakan sembilan orang anak yang mana lima daripadanya merupakan anak kandung, dua orang anak tiri dan dua orang anak angkat.

Mereka diserikan dengan kelahiran lima cahaya mata iaitu Nor Anggun Raverra, 11, Nor Anggerik Renesmee, 10, Nor Aliff AI-Raffael, 7, Nor Ahmed Al-Reaggan, 4 dan Nor Ammar Al-Rizky, lima bulan.

Selain itu, Rebecca juga memiliki dua orang anak tiri iaitu Nor Ariff Qayyum dan Nur Khayrin Sofiya serta dua anak angkat iaitu Nor Adam Daniel dan Nor Aurora Riana.

;

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang