'Dalam serius ada lembutnya.' Tok Ram bapa penyayang, Alyah syukur kehadiran Izara tepat pada masanya
RUMAH tangga penyanyi terkenal, Datin Alyah Abu Hasan dan Datuk Ramli MS semakin ceria dengan kehadiran buah hati terbaharu, Nur Izzara.
Paling menyentuh hati, Alyah menyifatkan puterinya itu sebagai pemberian terindah daripada ALLAH SWT.
Menerusi video yang dimuat naik di laman sosial TikTok, pelantun lagu Thank You ALLAH berkongsi momen berharga sebagai sebagai sebuah keluarga.
Ramli yang mesra disapa Tok Ram dilihat mendukung, menimang dan melayani Izara.
"Hadiah daripada Tuhan. Tiada yang terlambat tiada yang terlewat.
"Semuanya tepat pada waktunya kerana DIA Maha Mengetahui apabila dan bagaimana," kongsinya.
Warganet rata-rata tumpang gembira melihat kebahagian pasangan itu dan mendoakan si kecil Izara membesar dengan sihat.
"Rezeki ALLAH itu telah ditetapkan-NYA untuk kalian. Syukur, kami tumpang gembira."
"Very fatherly Tok Ram. Dalam serius ada kelembutan hati terhadap kanak-kanak."
"Si kecil sudah berubah wajah seiras Alyah."
"Alhamdulillah nikmat daripada ALLAH kebahagiaan buat ibu ayah."
Baru-baru ini pemilik nama Noor Hasliah Abu Hasan itu berkongsi foto majlis akikah dan cukur jambul Nur Izzara di Instagram.
Bagi mereka berdua, kehadiran si kecil itu umpama satu rahmat buat rumah tangga pasangan itu.
Ramli terdahulu memiliki dua cahaya mata daripada perkahwinan pertamanya iaitu Najee Ramli dan Nadiah Ramli yang masing-masing berusia 36 tahun dan 25 tahun.
Sumber: TikTok
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang