'Jika lihat dia bersama wanita lain, biarlah...' Bawa haluan sendiri, Nora Danish berhubung dengan bekas suami kerana anak
MELALUI tempoh selepas penceraian, pelakon Nora Danish meminta warga maya untuk tidak menyampaikan perhubungan bekas suami, Nedim Nazri dengan wanita lain kepadanya.
Nora, 42, yang kini masih dalam tempoh iddah turut memaklumkan tidak akan sebumbung dengan lelaki itu.
Malah pelakon drama komedi Puteri itu juga turut mendedahkan perceraian adalah permintaannya.
"Saya tidak tinggal serumah dengan Nedim dan tidak akan tinggal serumah kerana kami sudah bercerai.
"Dan tidak mengapa jika kelihatan dia bersama wanita lain, kerana penceraian ini adalah permintaan saya. Jadi biarlah dia dan kehidupannya," katanya.
Nora yang kini tampil dengan imej berhijab juga mendedahkan hubungannya dengan Nedim hanya berlandaskan hal berkaitan cahaya mata mereka.
"(Jika nampak dia dengan wanita lain) jangan sampai kan pada saya, ok? Masing-masing sudah melalui jalan berbeza. Kami hanya rapat atas urusan anak-anak, tidak lebih. Harap maklum," luah beliau lagi.
Terdahulu, aktres itu bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, kira-kira jam 8.40 malam.
Untuk rekod, Nora dan Nedim berkahwin pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki bernama Mohamed Neqayl, 6.
Baca juga: Nedim dirawat di ICU, Nora Danish beri kata semangat terus kuat. 'Stay strong daddy'
5 INFO BERKAITAN IDDAH WANITA PERLU TAHU
Acap kali apabila bercerita tentang iddah, ia seringkali dikaitkan dengan kaum Hawa. Contohnya, sepanjang tempoh ini para isteri tidak boleh keluar rumah, perlu jaga cara pemakaian dan sebagainya.
Tujuan iddah adalah untuk memastikan wanita tersebut tidak mengandung bagi mengelakkan kekeliruan nasab sebenar anak jika dia menikah dengan lelaki lain.
Terdapat batasan hukum semasa tempoh iddah talak rajie iaitu talak satu atau dua yang membolehkan suami berhak rujuk selagi isteri tersebut berada dalam tempoh iddah.
Wanita yang sedang menjalani iddah talak rajie perlu mematuhi perkara berikut:
i. Haram menerima pinangan lelaki ajnabi.
ii.Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi. Jika perkahwinan dilangsungkan semasa dalam tempoh tersebut, pernikahan itu adalah tidak sah dan pasangan tersebut wajib dipisahkan.
iii.Tidak dibenarkan keluar rumah kecuali dengan keizinan suami.
iv.Tidak dibenarkan berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi kebiasaannya tinggal semasa masih dalam ikatan perkahwinan. Dalam hal ini, suami dilarang menghalau keluar isteri yang diceraikan bahkan mereka wajib menanggung seluruh nafkahnya termasuk nafkah tempat tinggal. Namun mereka dibolehkan keluar dan meninggalkan rumah tersebut sekiranya terdapat bahaya dan kemudaratan yang boleh mengancam keselamatan nyawa dan harta benda.
v. Tidak boleh berkabung. Bahkan mereka dituntut untuk bersolek dan berhias kepada suaminya sebagai dorongan bagi membangkitkan keinginannya untuk rujuk semula.
Sumber: JAKIM
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang