'Malas dah bercinta, nak kahwin dengan awak jer.' Pengakuan Adira buat Datuk Red terkesima, 10 info rujuk wanita perlu tahu
MELALUI tempoh iddah selepas penceraian, usahawan Datuk Seri Adnan Abu dan penyanyi Adira kembali hangat diperkatakan susulan beberapa video kemesraan mereka tular di media sosial.
Belum reda isu kepalanya dikucup Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red, Adira dalam sesi live di TikTok secara terbuka mengakui ingin kembali ke pangkuan bekas suaminya itu kerana sudah 'malas' untuk memulakan hubungan baru.
"Saya dah tak nak kahwin dah, nak kahwin dengan awak jer.
"Saya dah malaslah nak bercinta. Bercinta membazir duit. Saya suka warna hijau, awak suka warna putih.
"Awak dah makan ke belum? Saya ada anak empat orang tau. Saya dah malas nak mengenali orang kembali," ujar Adira spontan dalam nada jenaka.
Adnan yang duduk di sebelah Adira kelihatan terkejut dengan kata-kata tersebut dan meminta agar bekas isterinya itu tidak membuatnya menunggu terlalu lama.
Adira memberi semangat buat Datuk Red untuk terus memajukan diri dalam perniagaan dalam talian yang sedang diceburinya kini.
"Kejarlah cita-cita tu dulu. Kita kat sini jer, jangan risau. Kita tidak sibuk, hanya sibuk cari duit. Pergi kerja, balik kerja," katanya lagi.
Sebelum ini, tular di media sosial memaparkan Adnan mencium Adira di bahagian kepala ketika siaran langsung di TikTok.
Aksi spontan itu juga disaksikan anak tiri Adira iaitu Awin yang sama-sama terkejut dengan tindakan bapanya.
Sekadar info, Adnan dan Adira sah bercerai talak satu pada 24 April lalu selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga.
Adnan kemudian turut menceraikan isteri pertamanya Sharifah Norshafila pada 14 Mei 2024.
Hasil kedua-dua perkahwian itu Adnan dikurniakan sembilan orang cahaya mata.
10 INFO IDDAH DAN RUJUK
Biasakan yang betul, betulkan yang biasa. Jom kita ketahui 10 fakta berkaitan rujuk:
1-Bagi pasangan yang bercerai menerusi talak rajie (talak satu atau dua), suami berhak untuk rujuk kepada isterinya selagi dalam tempoh iddah.
2-Namun bagi pasangan yang bercerai dengan talak bain (talak tiga atau talak ketiga), suami tidak berhak untuk kembali rujuk kepada isteri yang diceraikan kecuali dengan mahar dan akad yang baharu.
3-Apabila seorang wanita itu diceraikan, maka dia hendaklah beriddah selama tiga kali suci daripada haid, atau bagi mereka yang tidak mempunyai haid, selama tiga bulan Qamariyyah.
4-Memetik Pejabat Mufti Wilayah, suami wajib memberikan nafkah tempat tinggal dalam tempoh iddah sama ada bekas isteri berkenaan ditalakkan secara rajie atau bain dan sama ada hamil atau tidak.
5-Dalam mazhab Syafie, tidak boleh bagi bekas suami untuk tinggal bersama isteri yang telah diceraikan di dalam rumah iddah berkenaan, sama ada talak raj`ie atau talak ba’in. Haram bagi suami untuk masuk ke rumah iddah kerana membawa kepada khalwat dan mengganggunya.
6-Jika terdapat lelaki dan wanita atau wanita ajnabi, maka harus bagi bekas suami itu tinggal bersama dan masuk ke rumah iddah.
7-Ini kerana sebab pengharaman sudah tiada, melainkan hukumnya menjadi makruh, kerana ada kemungkinan untuk melihat kepada bekas isteri yang sudah haram kerana talak.
8-Begitu juga harus jika kediaman itu berbilik-bilik atau bertingkat-tingkat di mana masing-masing tinggal di dalamnya. Ini kerana isteri yang sudah ditalakkan adalah wanita ajnabi (asing) kepada bekas suami itu.
9-Sementara itu, hukum wanita yang diceraikan secara rajie untuk tampil bergaya cantik, kemas dan sopan adalah harus di sisi syarak.
10-Rujuk tidak boleh dilakukan dengan perbuatan saja tanpa diucapkan sebagai contoh dengan persetubuhan. Seorang suami hendaklah menyebutkan dia mengambil semula isterinya. Selain itu, rujuk itu sah jika rukun dan syaratnya dipenuhi iaitu terdiri daripada suami, isteri dan sighah atau lafaz.
Sumber: TikTok, Pejabat Mufti Wilayah 1, 2, MAIS
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang