'Saya tak mahu menyusahkan...' Datin Red tak buat sebarang tuntutan, sempat bermaafan sebelum cerai, Datuk Red kini menduda

Datin Red sempat bermaafan sebelum cerai, Datuk Red kini menduda
Datin Red sempat bermaafan sebelum cerai, Datuk Red kini menduda
A
A
A

BEKAS suami Adira Suhaimi, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red melafazkan penceraian kepada isteri pertama, Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim.

Adnan,42, berbuat demikian pada jam 10.40 pagi tadi di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor di hadapan Hakim Syarie, Mohd Nurulazhar Mohd Tohar.

Berdasarkan dokumen yang dibacakan peguam Adnan iaitu Muhammad Akmal Amzan, Sharifah Norshafila juga bersetuju untuk tidak membuat beberapa tuntutan terhadap bekas suaminya.

Baca  juga: Ikatan 9 tahun terlerai, Adira dan Datuk Red bercerai talak satu

Baca  juga: “Bayangkan ada dua tapi boleh hilang sekelip mata” – Selain Adira, Datuk Red dedah isteri pertama juga mohon cerai, nafi ada pakatan

Baca  juga: Datuk Red muflis sejak 2019, hargai isteri-isteri tutup aib. 'Adira beri RM100 untuk beli makanan buka puasa &buku sekolah anak'

Baca  juga: Rezeki Datuk Red melimpah lepas mengaku muflis, raih jualan RM100,000 dalam live bersama ibu Neelofa

Antara perjanjian yang dilakukan Sharifah Norshafila adalah tidak menuntut nafkah iddah dan mutaah.

Sebelum lafaz dibacakan, Datuk Red dan Sharifah Norshafila atau lebih mesra disapa Datin Red sempat bersalaman dan bermaaf-maafan buat kali terakhir.

Baca juga: 15 info tuntutan mutaah & harta sepencarian wanita bercerai berhak dapat daripada bekas suami

Baca juga: Bekas suami tuntut harta sepencarian atas rumah milik isteri, ini jawapan peguam syarie tentang tuntutan itu

Sharifah Norshafila yang sebak ketika ditemu bual media menjelaskan beliau tidak membuat sebarang tuntutan kepada Datuk Red kerana sedia maklum masalah kewangan bekas suaminya.

"Saya sudah tahu beliau sudah muflis. Jadi, tidak mengapalah, saya cari nafkah sendiri sahaja untuk anak-anak. Saya tidak mahu menyusahkannya.

"Saya juga tahu beliau tidak sekejam itu walaupun sudah tiada apa-apa hubungan. Saya tahu dia baik dan bertanggungjawab," ujarnya sambil menitiskan air mata.

Baca juga: 'Sedar diri dan tahu kedudukan.' 8 tahun berpoligami, Adira dedah rahsia hubungan baik dengan madu

Sementara itu, Adnan kelihatan tenang memaklumkan rumah tangganya sudah tamat.

"Sudah habis, segalanya sudah selesai. Kami sudah bercerai," jawabnya pendek.

Hasil perkongsian hidup dengan Sharifah Norshafila, DatuK Red dikurniakan lima cahaya mata.

Adnan terdahulu bercerai talak satu dengan Adira pada 24 April 2024.

Sumber: Astro Gempak 1 , 2

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang! 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca