'Semoga perkara sama tidak berulang'. Nora Ariffin dan bekas suami rujuk kembali selepas sebulan umum cerai

No Image Caption
A
A
A

PENYANYI Datuk Nora Ariffin mengumumkan khabar gembira apabila kembali rujuk semula dengan bekas suami, Dr Rushdi Ramli.

Untuk rekod, sebulan yang lalu beliau mengumumkan perceraian mereka menerusi Instagram miliknya.

Berita gembira tersebut dikongsikan beliau kepada portal BH Online.

Menerusi mesej itu, Nora meluahkan rasa syukur kerana kemelut yang melanda rumah tangga sudah berakhir. Pun demikian, penyanyi Dipersimpangan Dilema itu

tidak berkongsi butiran lanjut mengenai proses rujuk termasuk tarikh.

"Alhamdulillah dengan kuasa ALLAH SWT, suami sudah kembali rujuk. Manusia hanya merancang, namun Tuhan yang menentukan.

Artikel Berkaitan:



No Image Caption

"Ia tidak lama selepas peristiwa berlaku. Saya beritahu bagi mengelakkan fitnah berhubung soal tempoh edah," katanya yang kini berada di Kemboja.

Dalam pada itu,, pemilik nama sebenar, Wan Norafizah Wan Ariffin itu turut meminta semua pihak mendoakan yang baik-baik dan menjadikan iktibar atas apa yang berlaku.

"Semoga perkara yang sama tidak berulang," ungkap pelantun lagu Hanya Satu.

No Image Caption

Ketika ditemui baru-baru ini dalam satu majlis sidang media Konsert Hanya Satu Datuk Nora Ariffin 30 Years Journey, beliau mengakui menyerahkan kepada takdir tatkala ditanya mengenai kemungkinan bakal rujuk semula dengan bekas suaminya utu.

Pada 12 Ogos lalu, Nora memuat naik video bekas suaminya menceraikannya dengan talak satu dalam video berdurasi 52 saat dalam IG.

Bagaimanapun, Nora berkata, perceraian berlaku sebelum tarikh video itu dimuat naik.

Selepas video tular, Nora menerima kecaman ramai dan mempertahankan bekas suami serta memaklumkan perkara itu bukanlah atas kehendaknya.

Sekadar makluman, Rushdi merupakan sahabat baik Allahyarham Johan. Beliau dan Nora mendirikan rumah tangga pada 2021

Untuk rekod, Johan yang juga komposer meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung pada usia 52 tahun.

Sumber: Berita Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang