3 tahun berkahwin, Nora Ariffin diceraikan talak satu. 'Alhamdulillah, selesai. ALLAH sahaja yang tahu'
PENYANYI Datuk Nora Ariffin berkongsi satu hantaran yang memaklumkan dirinya sudah diceraikan oleh suami, Dr Rushdi Ramli.
Dalam perkongsian tersebut, Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Datuk Wan Ariffin memuat naik sepotong video pendek yang memaparkan Rushdi melafazkan cerai talak satu ke atasnya.
"Saya yang bernama Rushdi Ramli, dengan ini menceraikan dan mentalakkan isteri saya, Wan Norafiza Ariffin dengan talak satu kerana ALLAH SWT," lafaznya.
Nora pada ruangan kapsyen hanya menulis: “Alhamdulillah. Selesai. ALLAH sahaja yang tahu,” luahnya ringkas.
Pelantun lagu Dipersimpangan Dilema itu bagaimanapun tidak mengulas lanjut.
Pun demikian, dalam Insta stories miliknya, beliau ada memuat naik satu perkongsian.
" Ustaz tidak bersalah. Dia hanya mengikut arahan yang diberikan padanya iaitu melepaskan saya tanpa sebarang sebab dan juga merakamkan video sebagai bukti.
Cukuplah ALLAH bersama ku," ungkap Nora lagi.
"Saya tergamam tak terkata.
Sebelum ini, sudah timbul beberapa khabar angin mengenai keretakkan rumah tangga wanita berusia 51 tahun itu dengan Pensyarah Kanan, Jabatan Figh & Usul, Universiti Malaya, tetapi empunya diri menafikannya.
Nora mendirikan rumah tangga dengan Rushdi yang juga kawan baik arwah suaminya, Johan Nawawi dalam satu majlis pada 2021.
Untuk rekod, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung. Mereka sebelum itu mendirikan rumah tangga dengan Johan pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Sumber: Instagram itsnoraariffin
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang