'Tak boleh bau minyak wangi lain.' Perut kelihatan seperti baby bump, warganet teka Marissa Dania bakal jadi ibu?
ANAK kedua pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa Dania sering menjadi perhatian ramai sebagai personaliti media sosial.
Memiliki hampir 100,000 followers di TikTok, isteri kepada Ahmad Aslam itu dipercayai sedang hamil susulan bahagian perut yang kelihatan seperti baby bump.
Teka-teki warganet itu disokong dengan pendedahan Marissa tentang barangan yang dibawa di dalam beg tangannya.
Antara keperluan penting dibawa influencer jelita itu ialah kamera, tisu basah, alat solek dan vitamin.
Namun dua item yang menarik perhatian ramai adalah minyak wangi dan minyak angin.
"Dalam banyak-banyak minyak wangi, saya pakai yang ini sahaja sebab tak boleh bau minyak wangi yang lain," katanya.
Beralih ke ruangan komen, warganet memuji kecantikan Marissa dan dalam masa yang sama berteka-teki tentang kehamilannya. Ujar mereka:
"Minyak angin? Marissa mabuk-mabuk ke sekarang?"
"Minyak angin, tak boleh bau minyak wangi tu macam tengah hamil jer."
"Duduk pun nampak macam ada ‘baby bump’."
"Vitamin Marissa tu saya perasan bumil (ibu hamil) punya."
Terdahulu, model berusia 19 tahun itui pernah memuat naik foto gula-gula asam di Insta Story hingga menimbulkan tanda tanya dalam kalangan warganet tentang kehamilan.
Sekadar makluman, Marissa dan Aslam dilaporkan bernikah tanpa pengetahuan keluarga dan isteri pertama suaminya di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang