Tahniah! Intan Najuwa hamil anak sulung. 'Kami bakal bertiga'

No Image Caption
A
A
A

TAHNIAH diucapkan buat pelakon, Datin Intan Najuwa yang kini sedang hamil cahaya mata sulung.

Isteri kesayangan ahli perniagaan, Datuk Azraf Azman itu berkongsi berita gembiranya di laman sosial Instagram.

Pelakon berusia 26 tahun itu memuat naik foto dan video memaparkan kandungannya yang jelas kelihatan.

Mengesahkan telah memasuki trimester kedua, aktres itu memuat naik video ujian imbasan.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

"Our little secret is finally out! Soon we”ll be three," titipnya.

No Image Caption



Hantaran berkenaan menerima titipan doa dan ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan warga maya. Ujar mereka:

"Congratulations my love."

"Alhamdulillah. Congratulations babe!"

"Comel betul baby bump. Congratulations!"

"Tahniah! Dah agak dah sebab Intan berselera makan dan sudah tiada diet-diet lagi."

"Betul tekaan saya sebab Intan kerap lapar tengah malam."

Untuk rekod, Intan atau nama penuhnya Intan Najuwa Abdul Wahid sah bergelar isteri kepada Azraf pada 18 Ogos 2023.

Dinikahkan oleh Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Dr Nooh Gadut, majlis perkahwinan mereka berlangsung di sebuah resort di Desaru Coast, Bandar Penawar, Johor.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang