'Walau penat, tak cukup tidur ada 'reward'...' Kongsi momen sebagai ibu, Izara Aishah pentingkan keluarga, idam bintangi filem kisah benar

No Image Caption
A
A
A

PELAKON jelita Izara Aishah mengakui sedikit penat serta tidak cukup tidur sejak menimang cahaya mata kedua, Amara Aina.

Walaupun begitu, beliau tidak banyak merungut sebaliknya melalui momen sebagai seorang isteri dan ibu kepada dua anaknya dengan seikhlas hati.

Pemilik nama Izara Aishah Hisham turut yakin berkat kesabaran membesarkan dua orang puteri kesayangannya itu akan membawa pahala yang berterusan.

"Jadi seorang ibu ni bukan senang, sebab saya ada bisnes pada masa sama kena pentingkan suami dan anak-anak.

"Pun begitu, saya masih nak adapt dengan semua benda ni. Tipulah kata tak penat, tak cukup tidur dan baby (anak kedua) pun baru keluar, manakala kakaknya, Irisa Alaia kini sudah berusia tiga tahun.

"Saya tiada sebarang rungutan kerana suka melakukannya. Alhamdullilah kalau buat semua ni dengan sabar banyak kita akan dapat 'reward' kan,'ujarnya.

No Image Caption

Ketika ditebak persoalan perancangan untuk menimang cahaya mata ketiga memandangkan sudah punya dua puteri, isteri kesayangan Muhammad Adib Khalid itu berharap untuk mengandung dua tahun lagi.

Beralih pada cerita tentang kerjaya seninya, pelakon drama 'Ombak Rindu The Serries' tersebut mengakui lebih memilih untuk membintangi filem berbanding drama.

Ini kerana katanya, sebagai pelakon drama memerlukan komitmen yang serius dan itu sedikit sebanyak boleh menjejaskan tanggungjawabnya terhadap keluarga.

"Saya tunggu filem sebab kalau boleh nak kurangkan buat drama, bagilah kepada pendatang baru pula untuk berlakon (drama).

"Lagipun masa untuk penggambaran drama terlalu panjang, saya bimbang tak boleh nak seimbangkan untuk keluarga dan perniagaan.

"Malah, saya juga jenis cerewet sebelum bertudung pun ada macam-macam 'rules', dah pakai tudung lagi banyak 'rules'. Jadi, saya tak nak menyusahkan production lain,'katanya ketika ditemui di majlis pembukaan kedai pertama Nunha Store di pusat beli-belah MyTown, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pada masa sama, empunya diri mengakui tidak berminat untuk membawa watak dalam filem percintaan sebaliknya terbuka untuk filem berbentuk kekeluargaan, realistik atau kisah benar.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang