Akhirnya Syamsul Yusof pulang ke pangkuan ibu bapa, terpancar kegembiraan Datin Patimah
PENGARAH dan pelakon, Syamsul Yusoff akhirnya pulang ke pangkuan ibu bapanya setelah sekian lama tidak bertemu.
Momen bermakna itu dikongsikan ibu Syamsul, Datin Patimah Ismail menerusi Insta Story miliknya pada malam Rabu.
Syamsul yang berpakaian serba hitam dilihat memeluk ibu dan bapanya, Datuk Yusof Haslam.
Menggunakan muzik latar Syukran Lillah dendangan Sabyan sebagai muzik latar, Patimah turut berkongsi foto keduanya itu bersama cucu, Sumayyah dan bekas isteri Syamsul, Puteri Sarah Liyana.
Menerusi video yang dikongsikan, masing-masing kelihatan ceria.
Patimah terdahulu berkongsi gambaran akan bertemu semula dengan Syamsul.
"Insya-ALLAH kami akan berkumpul semula," kongsinya yang memuat naik foto keluarga ketika menyambut hari perayaan bermula pada tahun 2014 sehingga tahun lalu.
Ibu yang penyayang itu sebelum ini mengakui menitiskan air mata melihat Syamsul mengharungi takdir hidupnya seorang diri.
"Sejujurnya mengalir air mata ku melihat anakku mengharungi takdir hidupnya seorang diri. Namun, doaku sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu agar dipermudahkan segala urusan," katanya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang