‘Aku dahaga nak ke dapur pun takut…,Nad Zainal kongsi gelagat tegas suami mengajar anak mengaji

No Image Caption
A
A
A

KETEGASAN pelakon Ungku Ismail Aziz mengajar anak tirinya mengaji dan membaca Iqra berjaya mencuri perhatian netizen.

Apa tidaknya apabila Isterinya yang juga pelakon iaitu Nad Zainal berkongsikan video suaminya dilihat begitu tegas dan serius ketika mengajar anaknya mengaji.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin turut menyifatkan gaya dan ekspresi Ungku seakan-akan seorang guru besar di sekolah.

No Image Caption

Pelakon drama Kampung Girl itu berkata, ketika suaminya mengajar mengaji keadaan rumah secara automatik akan menjadi sunyi sehinggakan tidak berani untuk berbuat apa-apa.

“Guru besar in action, Subjek matematik dah boleh lepas. Sekarang Iqra.

“Masa macam ni yang lain auto jadi pendiam, takut kami pula kene baca Iqra tu.

Bukan sahaja anak-anak, ibu kepada tiga orang anak itu turut berasa kecut perut jika melihat ketegasan suaminya itu.

Artikel Berkaitan:

“Aku dahaga nak ke dapur pun takut tengok.

Dalam nada berseloroh, Nad memberitahu dia akan jadi penyelamat kepada anak keduanya itu untuk mengalih perhatian suaminya jika anaknya memerlukan pertolongan.

“Satu je nak cakap, kalau agak-agak memerlukan bantuan, buat batuk tiga kali ok.

“Mummy orderkan kopi dekat abah supaya dia rehat, ujarnya.

No Image Caption

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizenn memuji sikap Ungku Ismail yang dilihat tidak bersikap pilih kasih dalam mendidik anak-anak tirinya.

Untuk rekod, Ungku Ismail dan Nad berkahwin pada 23 Januari 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 10 Oktober pada tahun yang sama.

Sebelum ini Nad pernah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq pada 18 Disember 2015 sebelum bercerai pada September 2022.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang