'Patut saya ajar anak mengaji, tetapi...' Merangkak baca Al-Quran di Tanah Suci, perkongsian wanita ini undang sebak
PERKONGSIAN seorang wanita di aplikasi TikTok mengenai perjalanannya mempelajari ilmu agama telah menyentuh hati ramai orang.
Wanita yang dikenali sebagai @ellymirza2 mendedahkan pengalaman sedihnya kerana tidak berpeluang membaca Al-Quran ketika menjejakkan kaki di tanah suci.
"Satu kekesalan kak elly masa pergi Mekah, bila nak mengaji tu malu dengan ALLAH sebab kita masih merangkak mengaji.
"Bila kita duduk Kaabah macam tak tahu nak buat apa, macam orang bodoh sebab tak pandai baca.
Bagaimanapun, kekesalan itu tidak membuatkan wanita berkenaan berhenti mengaji, malah beliau meneruskan pembelajarannya dengan mengupah guru mengaji dalam talian.
"Balik dari Mekah, saya cari orang mengaji online.
"Jadi, kalau boleh tahun depan jika berpeluang, saya nak mengaji di depan Kaabah,"ujarnya.
Berkat kesungguhan itu, Elly memberitahu kini dirinya sudah berada di Iqra 5.
Namun beliau mengakui perjalanannya tidak mudah, bahkan Elly hampir berputus asa disebabkan usianya hampir mencecah 30 tahun.
Apa yang menyentuh hati adalah apabila anak perempuannya yang berusia sembilan tahun memintanya bersabar dan menitipkan kata-kata semangat.
"Sepatutnya sebagai ibu, saya yang mengajar anak mengaji, tetapi sebaliknya. Dia lebih pandai daripada saya.
"Pia kata tak apa Mama, ALLAH tak tengok permulaan hidup, tapi DIA tengok pengakhiran hidup kita," nasihat anak perempuannya.
Meninjau ruangan komen, ramai netizen memberi sokongan kepada wanita tersebut untuk terus belajar mengaji.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang