Al- Fatihah! Penyanyi Jay Jay meninggal dunia. 'Hilangnya sebutir permata seni'

No Image Caption
A
A
A

HILANG sebutir permata seni negara apabila dunia hiburan dikejutkan dengan berita kembalinya kerahmatullah penyanyi Jay Jay.

Allahyarham dilaporkan meninggal dunia di hospital Thompson, Kota Damansara. Menurut penyanyi, Datuk Hattan, beliau mendapat berita duka itu menerusi isteri arwah.

No Image Caption

'Ya, saya baru bercakap dengan isterinya. Jay Jay sudah meninggal dunia cuma tidak pasti pukul berapa, " ungkap Hattan seperti yang dilaporkan Mstar.

Untuk rekod, SinarPlus sebelum itu ada melaporkan, Jay Jay atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Darus berjaya menjalani pembedahan pintasan jantung pada 23 Mei lalu selama empat jam dan kemudian sedar selepas sembilan jam.

Tidak lama selepas pembedahan itu, kesihatan pelantun lagu Joget Angan Tak Sudah itu semakin merosot dan kembali lemah akibat diserang angin ahmar. Lantaran itu menyebabkan bekas vokalis dan pemain bass Carefree lumpuh pada bahagian tubuh di sebelah kanan.

No Image Caption

Pemeriksaan yang dilakukan melalui imbasan tomografi berkomputer (CT SCan) menunjukkan terdapat sesuatu yang menganggu saraf di dalam fungsi otak namun ia bersifat sementara dan tidak begitu serius.

Pemenang Vokal Terbaik Lelaki 1998 itu juga sempat menyambut hari kelahirannya pada 6 Jun lalu selepas pembedapan pintasan jantung.

Untuk rekod, Jay Jay mula menyanyi bersama kumpulan Carefree pada tahun 1979 dan muncul solo sejak 1984.

Memiliki vokal yang gemersik, penyanyi berusia 66 tahun itu pernah memenangi pelbagai anugerah seperti Penyanyi Lelaki Popular 1988, Vokal Terbaik Lelaki 1998 dan Juara Kategori Pop Rock pada Juara Lagu 1998 menerusi lagu Joget Angan Tak Sudah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang