Anak sulung Shila Amzah disahkan autisme tahap satu. 'Doakan yang ke depan untuk Seth Uwais'

No Image Caption
A
A
A

PENYANYI Shila Amzah berkongsi perkembangan anak sulungnya, Seth Uwais, 5, disahkan mengalami autisme tahap satu.

Menerusi laman sosial Instagram, penyanyi lagu Patah Seribu itu sempat memuat naik video memaklumkan perkembangan puteranya itu. Ujar Shila, beliau sudah menjangkakan masalah dihadapi Seth.

"Alhamdulillah, doakan yang ke depan untuk Seth dan keluarga kami. Seth telah didiagnos autisme tahap satu. Alhamdulillah, saya sudah merasakan sama ada Attention-deficit/hyperactivity disorder (ADHD) atau autisme.

"Doktor menyarankan untuk meneruskan terapi yang sedang diikuti sebelum ini. Seth juga disarankan untuk dihantar ke sekolah yang boleh menerima kanak-kanak autisme," katanya.

No Image Caption

Tenang menerima keputusan itu, isteri kesayangan pempengaruh Ubaidillah Zulkefli itu opitimis tentang rawatan anaknya.

"Apabila sudah tahu (diagnosis) senanglah untuk kita rancang usaha yang boleh dilakukan. Sebagai ibu bapa pelbagai cara boleh dilakukan untuk mendidik.

"Doakan semoga Seth boleh membesar dan belajar dengan baik. Doakan kami sebagai ibu bapa untuk menjaga anak autistik.

"Semoga kami boleh menjaganya dan mendidiknya dengan baik. Itu yang Sha dan Ubai harapkan," kongsinya.

No Image Caption

Terdahulu, si kecil itu mengalami masalah lambat bertutur atau speech delay pada usia tiga tahun. Sejak itu, Seth dipantau pakar yang mengesyaki si kecil itu mengalam autisme.

Untuk rekod, Seth adalah anak daripada perkahwinan pertama Shila bersama Haris Idraki Elias.

Baca juga: Bawa anak kecil, anak saudara autisme naik flight, Fazura luah kecewa diherdik penumpang wanita

Baca juga: Anak hilang rupanya berada dalam pesawat, ibu kongsi pengalaman jadi pengajaran

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang