'Alhamdulillah sepasang dah.' Zalif Sidek timang anak kedua, isteri kongsi pengalaman 5 jam dalam dewan bedah
PELAKON Zalif Sidek selamat menimang cahaya mata kedua selepas, Anis Marzuki melahirkan seorang bayi lelaki.
Menerusi hantaran di Instagram, pelakon filem Papa I Love You itu ada memuat naik hantaran memaklumkan isterinya selamat bersalin di sebuah pusat perubatan di Kuantang Pahang.
"Assalamualaikum. Syukur Alhamdullilah isteri saya @anismarzuki selamat bersalin 12.30 tengah hari tadi.
"Baby boy! Ya ALLAH sepasang dah. Nikmat ENGKAU berikan kepada kami cukup indah dan membahagiakan Ya ALLAH," titip Zalif turut memuat naik foto si kecil dibaluti bedung.
Sementara itu, Anis menerusi laman sosial Instagram turut berkongsi proses kelahiran yang mengambil masa selama lima jam.
Kelahiran puteranya seberat 3.7 kilogram (kg) disambut dengan penuh kesyukuran.
"Bismillahi masya-ALLAH. Assalamualaikum my super handsome baby boy.
"Almost five hours in operation theatre. Alhamdulillah a super healthy 3.7kg baby boy," titip Anis.
Untuk rekod, Zalif, 39, dan Anis, 27, berkahwin pada 26 Februari 2022 selepas mengikat tali pertunangan pada Ogos 2021.
Mereka terdahulu memiliki cahaya mata sulung, Aaliya Inara yang kini berusia 18 bulan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang