Fuad dan Tom rancang tunai umrah bersama tahun depan. 'Doakan saya ya'

No Image Caption
A
A
A

Istiqamah adalah 9 huruf yang senang untuk diucapkan, namun sangat sukar atau begitu berat untuk dilakukan.

Menurut penyanyi Tom, beliau mengakui belum bersedia untuk memakai tudung meskipun sudah diminta oleh suami, Fuad Rahman dan anak-anaknya.

Ini kerana, Tom mahu mengenakan hijab jika sudah benar-benar bersedia bukan atas pilihan orang lain kerana bimbang jika tidak mampu istiqamah dengan perubahan tersebut.

"Sebab saya takut kalau pakai tapi nanti buka balik orang cakap buruk pula," kata Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram.

Dalam pada itu, Tom turut berkongsi beliau dan Fuad merancang untuk menunaikan ibadah umrah pada tahun hadapan.

No Image Caption

Pada masa sama, ibu kepada tiga orang anak ini meluahkan rasa takut untuk ke Tanah Suci kerana merasakan ilmu agamanya masih kurang.

"Ikutkan tahun depan Fuad ajak buat umrah, tapi saya bimbang tapi dia tetap dorong saya dan insya-ALLAH, doakan saya ya," jelasnya.

Dalam pada itu, Tom turut melahirkan rasa syukur dengan kehidupannya kini yang semakin bahagia dan gembira.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinarplus dalam majlis sidang media ‘Konsert Telan Kaset 90an’ sempena Festival Mi Malaysia yang pertama pada 12 dan 13 Oktober 2024 ini bertempat di lokasi terbuka Padang Timur, Petaling Jaya bermula jam 10 pagi sehingga 11:30 malam.

No Image Caption

Antara artis-artis tersohor negara era 90’an yang terlibat seperti Rahmad Mega, Kool, Ady Wow, Aris Ariwatan, Dinamik Kasawari, Roy, Amir Ukay’s, Shidi Data, Isa Gravity, Wann, Febians, Hasnol, Shades, A To Z, Tom, Fuad, Zamani, bersama DJ Fasha Anderson dengan Don’t Panic Buskers, dan ramai lagi.

Orang ramai boleh dapatkan tiket konsert secara atas talian bermula 16 Ogos 2024 ini pada jam 4 petang di laman web Ticket2u.com.my dengan harga RM45 seorang.

Untuk rekod, Tom dan Fuad bernikah pada 23 Februari 2023 di Batam, Indonesia.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang