Pelakon veteran Kamal Bakar meninggal dunia akibat kanser paru-paru, 10 simptom & info penting anda perlu tahu

No Image Caption
A
A
A

PELAKON Kamal Bakar atau nama penuhnya Kamaruldzaman Bakar menghembuskan nafas terakhirnya 1 pagi.

Berita duka pemergian Allayarham di Hospital Besar Melaka dikongsikan anaknya, pelakon Muhammad Hanis Kamaruldzaman.

Hanis memaklumkan, Allayarham yang berusia 62 tahun meninggal dunia akibat komplikasi kanser yang paru-paru yang dihidapi.

Pelakon berusia 35 tahun itu turut memberitahu, jenazah bapanya akan dikebumikan pada Selasa.

No Image Caption

"Assalamualaikum semua, dimaklumkan ayah saya Kamal Bakar atau nama penuhnya Kamaruldzaman Bakar telah meninggal dunia sebentar tadi.

"Mohon jasa baik semua untuk sedekahkan al-Fatihah buat ayah saya.

"Jenazah akan dibawa pulang ke rumah dahulu. Jam 11.30 pagi akan dibawa ke Masjid Bukit Baru Melaka untuk urusan mandi dan kafan.

No Image Caption

"Solat jenazah dan akan dikebumikan selepas Zohor di Tanah Perkuburan Islam Bukit Baru Melaka," kongsinya di Facebook.

Terdahulu, Allahyarham berada dalam keadaan separuh sedar selepas dua minggu ditidurkan akibat komplikasi kanser dan kekurangan oksigen.

Kamal disahkan menghidap kanser pada April lalu mula berkecimpung dalam dunia seni lakon sejak tahun 1970-an menerusi drama seperti Orang Minyak, Andai Itu Takdirnya, Suami Aku Ustaz dan Ratu Ten Pin.

Kamal yang juga kakitangan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) meninggalkan seorang balu, Sarina Shariff, 56, yang dikahwini pada 1988 dan lima cahaya mata.

Salam takziah daripada SinarPlus.

Baca juga: Pemurah, jaga perkataan, Dr Fadzilah Kamsah dedah kebaikan Adibah Noor wajar dicontohi

Baca juga: Awas! Bukan hanya perokok boleh menghidap kanser paru-paru

KANSER LIMA TERATAS DI MALAYSIA, BANYAK MENYERANG LELAKI

No Image Caption

Berikut 10 info penting berkaitan kanser paru-paru:

1-Kanser paru-paru merupakan salah satu barah yang menduduki tangga ke-5 teratas di Malaysia. Mengikut rekod sahih, ia dihidapi oleh 14.6 peratus lelaki dan wanita 5.6 peratus.

2-Kanser jenis ini lazimnya merupakan kanser yang mana 90 peratus pesakitnya dikesan pada peringkat yang sudah teruk iaitu pada tahap 3 dan 4 (jenis sekunder atau metastasis). Oleh sebab itu, kadar kematian disebabkan kanser ini adalah antara yang tertinggi di Malaysia.

3-Kanser paru-paru sering dikaitkan dengan tabiat merokok, namun hakikatnya ia banyak terjadi kepada pesakit yang bukan perokok.

4- Pesakit kanser terlebih dulu akan dikategorikan mengikut kanser itu bermula seperti pada paru-paru, payudara dan usus yang dikenali sebagai jenis primer.

5-Sebaliknya, sekiranya kanser itu telah merebak ke bahagian yang lain, ia akan dikira sebagai tahap 4 dan bahagian itu dipanggil jenis sekunder atau metastasis.

No Image Caption

6-Kanser yang ditemui pada paru-paru boleh berasal daripada paru-paru itu sendiri (kanser paru-paru primer) dan juga boleh berpunca daripada bahagian tubuh badan lain.

7-Ada beberapa jenis kanser yang lazimnya merebak ke bahagian paru-paru pesakit antaranya kanser payudara, kanser usus, kanser pangkal hidung, kanser buah pinggang dan sarkoma.

8-Kanser paru-paru terbahagi mengikut dua kumpulan besar bergantung kepada jenis-jenis sel iaitu:

i) Kanser paru-paru bukan sel kecil (85 ke 90 peratus) yang boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:

Adenokarsinoma (30 ke 40 peratus)

Karsinoma sel skuamosa (30 peratus)

Karsinoma sel besar (10 peratus)

ii) Kanser paru-paru sel kecil (10 ke 15 peratus)

Jenis kumpulan tersebut sangat jarang didapati, tetapi sel-sel kanser membiak sangat pantas dan telah merebak ke bahagian badan yang lain semasa didiagnos.

Jenis-jenis lain kanser paru-paru yang jarang ditemui adalah seperti tumor karsinoid dan limfoma.

9-Antara simptom atau tanda-tanda seseorang menderita sakit kanser paru-paru ialah sesak nafas, batuk berdarah, pneumonia yang berulang-kali, susut berat badan tanpa sebab dan keletihan yang melampau.

10-pesakit kanser paru-paru tidak ada simptom sehingga kanser itu mencapai tahap lanjut (serius). Oleh itu, sangatlah penting untuk pemeriksaan dan rawatan awal diberikan agar kanser tersebut dalam dikawal dan mengelak pelbagai komplikasi lain

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang