Rajin bangun susukan anak & berjaga malam, Kamal Adli bangga Uqasha pandai jaga puteri sulung

No Image Caption
A
A
A

PASANGAN selebriti Kamal Adli dan Uqasha baharu sahaja bergelar ibu bapa dua bulan lalu. Tiga tahun menanti sebelum dikurniakan Hawra Uqaira, ternyata kedua-duanya berjaya menjalankan tugas menjaga si kecil itu dengan baik.

Bagi Kamal, cabarannya setakat ini ialah berjaga malam bagi menjaga si buah hati.

"Hawra Uqaira sudah masuk dua bulan. Alhamdulillah dia sihat. Kami terkejut kerana sekejap sahaja dia membesar.

"Pada awal kelahiran memang sukar sedikit. Saya saling bertukar shift dengan Uqasha. Dia menjaga Uqaira sebelah siang manakala saya pula malam. "Tapi malam pun Uqasha bangun juga. Susah rupanya berjaga malam ni sebab Uqaira macam nak tidur tapi tak nak tidur," katanya.

No Image Caption

Baca juga: 'Bagus ayah, semua buat sendiri.' Penampilan Uqasha, Kamal Adli dan anak perempuan buat ramai teruja. Comelnya, putih gebu!

Baca juga: Laporan psikiatri diterima, hakim tak benarkan penyerang Kamal Adli diikat jamin

Baca juga: Insiden diserang di Singapura, Kamal Adli akui tidak serik, kecewa sikap penganjur berdiam diri

Sejak menimang cahaya mata sulung April lalu, Uqasha menjalankan tugasnya dengan baik. Tidak hairanlah, Kamal meluahkan rasa bangga terhadap isterinya yang tidak pernah mengeluh menjaga anak mereka.

"Alhamdulillah Uqasha baru lepas habis pantang. Saya bangga dengan Uqasha dengan caranya menjaga anak kami.

"Saya sendiri tak sekuatnya. Pada pukul 3, 4 pagi boleh bangun dodoikan anak. Saya tengok Uqasha seorang ibu yang 'sebenar' kerana sebelum ada baby dia sejenis penat untuk bangun.

"Saya gembira tengok perubahan Uqasha sebagai seorang ibu. Dia memang betul-betul boleh bangun, menyusu dan tak merengek langsung," katanya.

Mengakui tidak menggunakan perkhidmatan pembantu, Kamal menjelaskan beliau dan Uqasha mahu menjaga permata hati mereka tanpa bantuan orang luar.

No Image Caption

"Ada ambil bantuan perawat pantang tetapi untuk uruskan pantang sahaja. Kami hanya fokus jaga baby betul-betul," katanya.

Sekadar makluman, Uqasha mendirikan rumah tangga dengan Kamal pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Uqasha sebelum ini mendedahkan pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali.

Uqasha mengalami keguguran kali pertama ketika mengerjakan ibadah umrah selepas beberapa bulan berkahwin dan kali kedua sekitar bulan November 2022.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang