Insiden diserang di Singapura, Kamal Adli akui tidak serik, kecewa sikap penganjur berdiam diri

No Image Caption
A
A
A

PELAKON Kamal Adli berasa kecewa apabila penganjur 1 Expo Drive tidak bertanya khabar dirinya sejak insiden diserang pada Mac lalu.

Pun demikian, suami kesayangan Uqasha Senrose itu tidak berasa serik untuk ke Singapura bagi menghadiri apa jenis acara selepas ini. Cuma katanya, beliau hanya kecewa akan sikap penganjur ketika itu.

"Kalau boleh cakap, saya memang kecewa dengan penganjur kerana selepas saya kene pukul, tak ada hubungi langsung, sedangkan insiden itu berlaku dalam program beliau.

"Malah, pihak berkenaan (penganjur) tak sediakan bodyguard sedangkan apa yang jadi itu bahaya. Bukan itu sahaja, sehingga kini, beliau tidak tanya apa-apa pun, betul,"katanya.

Pada 12 Mac lalu, Kamal telah diserang oleh individu sehingga menyebabkan kecederaan dan terpaksa menjalani pembedahan di sebuah hospital di Sinapura.

Pelakon Drama siri Viu Nafsu itu juga telah dipukul dengan menggunakan belatan atau baton beberapa kali di kepala dan satu kali di bahagian muka.

Bagaimanapun, Mahkamah Singapura telah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu terhadap tertuduh Muhamamd Nabil Rashid.

Nabil mengaku bersalah atas satu pertuduhan menyerang dan dua pertuduhan menggunakan kekerasa jenayah terhadap individu lain pada Januari lalu.

Secara peribadi, Kamal menyifatkan tertuduh bertukar hujahan bagi mengurangkan hukuman.

Terkini, Kamal Adli membintangi watak sebagai Sam dalam drama siri Nafsu di perkhidmatan penstriman Viu bersama pelakon hebat seperti Azira Shafinaz,Aqasha, Khayrisyah Kemal dan Nia Atasha.

Baca juga: 'Bagus ayah, semua buat sendiri.' Penampilan Uqasha, Kamal Adli dan anak perempuan buat ramai teruja. Comelnya, putih gebu!

Baca juga: Sebak umum undur diri, Randy Pangalila kotakan janji dengan keluarga untuk bersara daripada dunia tinju

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang