Wow! Lee Zii Jia hadiahkan raket, bulu tangkis Sukan Olimpik Paris 2024, Hairul Azreen ingin bingkaikan. 'Untunglah Alisa'

No Image Caption
A
A
A

PELAKONHairul Azreen menerima kejutan istimewa daripada rakannya, jaguh badminton negara, Lee Zii Jia hingga menjadi perhatian ramai.

Masakan tidak, hadiah berupa raket, bulu tangkis sangat bermakna kerana ia digunakan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 ketika sukan berprestij dunia itu baru-baru ini.

Dalam satu pertemuan, pemain berusia 26 tahun itu menghadiahkan raket miliknya kepada Hairul Azreen manakala bulu tangkis diserahkan buat anak perempuan pelakon itu, Alisa Aisyah. Momen tersebut dikongsikan pelakon Polis Evo 2, Operasi X, Abang Long Fadil 3 dan Malbatt: Misi Baskara itu menerusi Insta Story.

No Image Caption

"Bronze medallist punya perlawanan. Ada dua (raket) tapi salah satunya adalah ini. Sudah pasti," kata Zii Jia.

Menerima hadiah istimewa yang tidak disangka-sangka daripada rakan, Hairul menyatakan hasrat untuk mengabadikan ia pada bingkai hiasan.

"Ini kena frame lah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Alisa pula menunjukkan hadiah bulu tangkis yang tertera label ‘Paris 2024’.

No Image Caption

Menerusi hantaran Insta Story lain, Zii Jia yang berkunjung ke kediaman Hairul dan Hanis Zalikha dilihat menikmati hidangan nasi lemak dan teh ais iaitu menu yang dirindui selepas pulang dari Paris.

Terdahulu, Zii Jia pernah mengunjungi kediaman pasangan selebriti berkenaan Jun lalu untuk memberi kejutan buat Alisa yang sangat meminatinya.

Malah ketika perlawanan badminton di Olimpik Paris 2024 lalu, anak kedua Hairul Azreen itu turut memberi sorakan buat Zii Jia.

No Image Caption

Zii Jia yang menduduki ranking ketujuh dunia, memperoleh pingat gangsa pada Sukan Olimpik Paris 2024 selepas menumpaskan pemain nombor 14 dunia, itu menerusi kutipan mata 13-21, 21-16, 21-11.

Sumber: Instagram

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang