Bertemu Fatima selepas cerai, Fattah mengaku situasi sudah tak sama. 'Pada usia 4 tahun dia belum faham...'

No Image Caption
A
A
A

SEMENJAK bertukar status kepada 'single father', semua orang sibuk 'kejar' duda hot Malaya, Fattah Amin sekarang.

Bayangkan, buat live pun berjuta like yang diperoleh.

Selain perkongsian karier yang dilihat makin laris, ramai yang ingin tahu perkembangan hubungannya dengan anak, Nur Fatima Aisya.

Terbaharu, bapa tunggal anak satu itu mendedahkan ada bertemu dengan puterinya, Fatima namun mengakui situasinya agak berbeza.

"Baru-baru ini saya ada jumpa Fatima, cuma keadaannya tak sama.

"Tapi Alhamdulillah kami masih dapat berjumpa dan luangkan masa bersama," titipnya.

No Image Caption

Pelakon filem Mat Kilau itu berkata, Fatima mungkin tidak memahami keadaan yang sedang berlaku dalam keluarga kerana masih terlalu kecil.

Namun, sebagai seorang bapa, beliau akan tetap bersama anak tunggalnya itu.

Artikel Berkaitan:

"Saya tak rasa dia faham, sebab dia baru berusia empat tahun. Dia anak yang bijak dan pintar, tapi kefahamannya tidaklah sama seperti kita orang dewasa.

"Mungkin ia mengambil masa.

"Apa yang penting saya sebagai daddy dia, saya akan luangkan masa sebanyak mungkin bersamanya," katanya.

No Image Caption

Terdahulu, Fattah dan bekas isteri, Fazura sah bercerai talak satu selepas aktor itu melafazkan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Subang Bistari pada 7 Oktober selepas tujuh tahun berkahwin.

Pada 13 September lalu, media melaporkan, Fazura memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Untuk rekod, pasangan yang popular dengan singkatan Fattzura itu diijabkabulkan pada 27 November 2017.

Sumber: Melodi TV3

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang