Fattah Amin rai hari lahir Fatima, gembira luang masa bersama. 'Terima kasih mommy bagi peluang'

No Image Caption
A
A
A

PELAKON Fattah Amin meluangkan masa meraikan ulang tahun kelahiran keempat anak tunggalnya, Fatima di sebuah taman permainan kanak-kanak.

Menerusi di Instagram, Fattah menitipkan ucapan selamat hari lahir buat Nur Fatima Aisya dan memuat naik foto dan video momen mereka berdua meluangkan masa bersama.

Fattah halam hantaran yang sama turut mengucapkan terima kasih kepada isterinya, Fazura kerana memberi peluang beliau dan Fatima meraikan hari ulang tahun berdua bersama anak mereka.

No Image Caption

Tambahnya, Fatima atau nama penuhnya Nur Fatima Aisya tertidur sebelum pulang kerana begitu gembira bermain dan meraikan ulang tahunnya bersama bapa tersayang.

Meluangkan masa berdua di dalam 'indoor playground', Fattah kelihatan gembira melayani gelagat si kecil kesayangannya itu.

"Happy birthday baby!

"Kasihan, sampai tertidur (semasa) balik. Thank you Mommy bagi chance Daddy dating dengan Fatima," kongsinya.

No Image Caption



Warga maya yang mengikuti hantaran berkenaan rata-rata mengakui tumpang bahagia melihat kasih sayang yang dizahirkan dan kemesraan bapa dan anak itu.

Mereka dalam masa yang sama menitipkan ucapkan selamat hari jadi kepada Fatima di samping mendoakan agar urusan keluarga pelakon itu dipermudah.

Ujar mereka:

"Betapa kasihnya seorang ayah dan si anak yang masih tak mengetahui perasan bapa yang terluka."

"Semoga ALLAH pelihara perkahwinan Fattah dan Fazura demi Fatima."

"Nampak Fatima ceria celebrate birthday debgan daddy. Moga keluarga ini terus bahagia"

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

Pada 13 September lalu, Fazura memohon untuk bercerai mengikut Seksyen mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 menerusi peguamnya.

Peguam syarie mewakili Fazura, Fakhrul Azman Abu Hassan memaklumkan pihaknya akan meneliti cadangan yang diterima daripada pihak Fattah dan butiran cadangan tersebut tidak boleh didedahkan secara terperinci. Kes berkenaan ditangguhkan kepada 7 Oktober 2024.

Untuk rekod, pasangan yang popular dengan singkatan Fattzura itu diijabkabulkan pada 27 November 2017.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang