Gara-gara seorang jururawat, 7 ny@wa bayi baru lahir melayang, 6 lagi hampir jadi mangsa. UK dedah di sebalik tragedi hospital

No Image Caption
A
A
A

MEMANG kejam dan tiada hati perut! Bukan seorang tapi sudah tujuh bayi baru lahir jadi mangsa. Malah, enam lagi cuba dibunuh dengan cara halus.

Kes pembunuhan bayi baru lahir paling prolifik di United Kingdom yang pernah menggemparkan dunia pada tahun 2023 kini kembali jadi tumpuan ramai.

Mana tidaknya, meski tertuduh yang merupakan seorang jururawat sudah dihadap dengan hukuman berat, namun kes kecuaian terbesar dalam sejarah itu tak akan dibiarkan begitu saja!

Lucy Letby, 35, dipercayai membunuh mangsa yang terdiri bayi pramatang atau sakit di sebuah hospital di Chester dengan suntikan berisi udara.

No Image Caption



Bukan itu saja, wanita tak berperikemanusiaan itu juga sanggup memberi susu secara berlebihan dan meracun si kecil tanpa dosa itu dengan insulin untuk tempoh Jun 2015 dan Jun 2016.

Lapor Sky News, Cheshire Constabulary dalam satu kenyataan mendedahkan, pihaknya memperluaskan skop siasatan termasuk hospital tempat bekerja suspek.

No Image Caption



Siasatan terhadap kes pembunuhan korporat dilancarkan pada Oktober tahun lalu berikutan perbicaraan dan sabitan kesalahan jururawat terbabit.

Bagaimanapun, siasatan terkini Cheshire Constabulary lebih kepada menentukan sama ada pembunuhan kecuaian besar benar-benar berlaku atau sebaliknya.

No Image Caption



Dalam satu kenyataan, Detektif Superintenden Paul Hughes berkata, siasatan tersebut tidak memberi kesan kepada Lucy atas sabitan pelbagai kesalahan yang membawa hukuman penjara seumur hidup.

“Bagaimanapun mereka yang sudah dikenal pasti sebagai suspek sudah dimaklumkan, cuma kami tidak akan mengesahkan jumlah individu yang terlibat atau mendedahkan identiti mereka.

No Image Caption



“Ini kerana tiada tangkapan atau pertuduhan dibuat. Pun begitu, kes kematian bayi yang dilaporkan berlaku antara tempoh 2012 hingga 2016 melibatkan saringan lebih 4,000 kemasukan unit neo-natal masih dijalankan,” katanya.

Kalau disemak kes tersebut sebelum ini, suspek yang merupakan seorang jururawat wanita dipercayai melakukan jenayah terancang di unit neonatal di Hospital Countess of Chester dan Hospital Wanita Liverpool.

No Image Caption



Disifatkan sebagai pembunuh licik kerana tidak meninggalkan kesan, kesalahan yang dilakukan itu tidak boleh dimaafkan kerana menjadi satu pengkhianatan terhadap kepercayaan yang diberikan oleh pesakit.

Misteri bayi sakit

Menurut kenyataan rakan sekerja suspek, mereka menyedari sesuatu apabila ramai bayi ‘tidak sihat’ di bawah kendalian syif Lucy.

No Image Caption



Lebih menakutkan, mangsa khususnya bayi yang baru lahir tiba-tiba sakit sebaik saja ibu bapa meninggalkan katil mereka.

Mangsa terakhir iaitu dua bayi lelaki kembar yang mana si adik dikatakan meninggal dunia pada Jun 2016 manakala seorang lagi menyusul sehari kemudian.

No Image Caption



Meskipun pernah ditangkap dan dibebaskan dua kali, namun penahanan kali ketiga pada tahun 2020 membongkarkan kesemua jenayah Lucy dengan penemuan bukti kukuh.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption



Wanita itu bagaimanapun cuba melepaskan diri dengan menuduh empat doktor kanan yang bersubahat meletakkan kesalahan kematian semua bayi kepadanya, namun tidak berjaya.

No Image Caption



Selain kes Lucy Letby, pembunuh perubatan terkenal Britain iaitu Dr Harold Shipman dilaporkan membunuh kira-kira 250 pesakit dengan suntikan morfin antara 1971 dan 1998.

Seorang lagi jururawat, Beverley Allitt juga dipenjara seumur hidup pada 1993 selepas membunuh empat kanak-kanak, cubaan membunuh tiga orang lain dan kesalahan lain.

No Image Caption

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang