Erra Fazira jawab isu kahwin dengan Mr E: ‘Kalau keluarga setuju, kita 'jalan’'
KHABAR angin mengenai hubungan cinta Erra Fazira dengan jejaka yang dikenali sebagai Mr E atau nama sebenarnya Ezwan Zain semakin menjadi bualan hangat.
Dalam temu bual eksklusif bersama SinarPlus Getway bersama Erra Fazira di Sepang, primadona filem tanah air itu tampil tenang ketika berkongsi perkembangan hubungan mereka, malah menegaskan bahawa tiada lagi perbincangan serius tentang perkahwinan buat masa ini.
“Saya tidak menafikan, saya dah ke arah yang lebih positif. Tetapi bab tarikh itu, belum lagi. Sebab keluarga pun belum tahu lagi. Kita bukan nak ke arah itu. Kita kalau boleh, kita nak matang,” jelas Erra.
Bagi pelakon dan penyanyi terkenal ini, hubungan yang dibina bukan sekadar cinta dua insan, tetapi melibatkan kedewasaan, pengalaman serta anak-anak masing-masing.
“Dia pun matang. Dia ada anak. Saya pun ada anak. Kita dah kena ke arah itu. Orang dah tahu, doa, on dan 'jalan'. Very simple. Itu sahaja,” tambahnya.
Erra juga menepis dakwaan kononnya dia dipergunakan atau hubungan ini sekadar gimik. Katanya, “Saya tak nampak dia menggunakan saya ke atau sebaliknya. Tidak. Jadi, tak payah risau tentang hal itu.”
Baginya, keserasian dan keikhlasan adalah perkara paling penting.
Dalam masa sama, penerimaan peminat terhadap hubungan mereka dianggap sesuatu yang positif.

“Penerimaan peminat alhamdulillah. Tapi ada juga yang beri pendapat sebaliknya, nasihat supaya fikir panjang.
"Saya ambil benda itu sebagai asam garam anak seni. Orang tak melalui saya yang menghadapnya,” tegas Erra.
Biarpun mengakui dirinya bukan insan sempurna, Ibu kepada aengku Aleesya itu menganggap soal jodoh bukan perkara mudah dan tidak boleh dipandang ringan.
“Kalau tangkap muat, dah lama dah saya kahwin. Tetapi saya berhati-hati. Namun dalam hidup ini, kita tak tahu. Kadang-kadang kita hati-hati pun silap juga.
"Kadang-kadang nampak mudah, mungkin itulah jodohnya. Jadi, saya serahkan kepada ALLAH,” katanya penuh makna.
Tentang persiapan perkahwinan, Erra memilih untuk bersikap sederhana.
“Saya dan dia, masing-masing pun dah berkahwin sebelum ini. Kalau keluarga saya kata semua pihak dah ready, kita buatlah tahun ini. Saya on je.
"Tapi saya tak nak besar-besaran. Sederhana lebih, tapi tetap best. Saya tak mahu pening kepala, yang penting kehidupan selepas itu,” ujarnya.
Tambahnya lagi, isu penajaan juga bukanlah satu perkara utama.
“Kalau tiba-tiba ada penaja besar pun, saya tetap nak buat simple.
"Bagi saya, yang penting ialah kebahagiaan selepas majlis, bukan kemeriahan pada hari itu sahaja,"ujar pemilik nama Fazira Wan Chik.

Sebagai seorang ibu, anak tetap menjadi keutamaan dalam apa juga keputusan yang dibuat.
“Anak tenang. Anak tengok mommy okay, alhamdulillah.
"Kedua-dua pihak pun okay. Anak-anak semua faham. Jadi, mereka terima dengan baik,” katanya sambil tersenyum.
Erra turut berkongsi bahawa dia tidak mahu terburu-buru atau memberi tekanan kepada diri dan pasangannya.
“Saya selalu ingatkan dia, jangan pressure. Kita pun bukan nak buat beria. Kalau ada pun, kita buat simple, intimate, tapi best. Biar keluarga dan kawan-kawan rapat sahaja,"jelasnya lagi.

Di hujung perbualan, Erra menutup dengan satu pengakuan yang penuh ketenangan.
“Saya okay kalau sendiri. Kalau ada partner yang melengkapkan kita, Alhamdulillah. Tapi tiada jaminan dalam hidup. Apa pun, saya serahkan pada ALLAH.
"Yang penting keluarga restu, doa yang baik-baik dan keserasian itu ada," ungkapnya penuh makna.
Baginya, cinta pada usia ini bukan lagi tentang glamor atau persepsi orang ramai, sebaliknya tentang keserasian, keberkatan dan kejujuran untuk melangkah ke fasa baharu dengan penuh kedewasaan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
