Fahrin Ahmad kongsi berita duka, ayah meninggal dunia. 'Tak tertanggung rasa saat terima khabar’

No Image Caption
A
A
A

BAPA pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad, iaitu Ahmad Atil meninggal dunia kira-kira jam 7 petang Jumaat.

Berkongsi berita duka itu di Instagram (IG), Fahrin, 46, memberitahu dia menerima perkhabaran tersebut ketika menghadiri majlis di Pasir Gudang, Johor.

Sehubungan itu, Fahrin bergegas pulang ke ibu kota bagi menguruskan jenazah arwah bapanya itu.

No Image Caption

"Dimaklumkan ayah saya, Ahmad bin Atil meninggal dunia kira-kira jam 7 petang tadi. Tidak tertanggung menahan rasa menerima berita beberapa minit sebelum azan Maghrib pada majlis bacaan Yasin dan tahlil sempena perasmian TMIYC Pasir Gudang.

"Mohon ampun dan maaf kepada penganjur dan semua pihak kerana terpaksa menarik diri pada saat akhir untuk majlis esok," katanya.

Fahrin yang juga pengacara Wanita Hari Ini turut mengucapkan terima kasih kepada penganjur kerana memahami situasi dihadapinya.

"Mohon doa-doa yang terbaik dan segala-galanya dipermudahkan buat kita semua," katanya.

Pelakon drama Jadikan Aku Bidadari itu bagaimanapun tidak memperincikan punca kematian arwah bapanya.

Dua tahun lalu, Fahrin kehilangan ibu tercinta, Allahyarham Merbyah Akhwan yang menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang